Mendemokrasikan syuraMenjelang pemahsyuran presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) baru yang dijadualkan pada Jumaat, kedengaran perbezaan pendapat mengenai sistem syura yang dilaksanakan oleh pertubuhan gabungan berkenaan.
Ada yang bersetuju dengan sistem syura yang sedia ada, iaitu memberi autoriti kepada bekas pemimpin GAMIS sendiri menentukan 'waris' kepemimpinan mereka dengan mendapat 'lampu hijau' dari pemimpin pemuda parti tertentu.
Ada yang bersetuju dengan sistem syura yang lebih demokratik, iaitu setiap ahli GAMIS diberi hak untuk menentukan setiap kepemimpinan mereka melalui proses pilihan raya.
Sebelum disaring sistem yang mana terbaik di sisi Islam, eloklah diketahui bahawa aliran fekah pertengahan (al-wathathi) bersepakat bahawa sumber hukum syarak dalam Islam adalah al-Quran, hadith, ijmak dan qiyas.
Proses syura atau melantik kepemimpinan GAMIS sendiri sewajibnya berpijak atas sumber-sumber syarak tersebut.
Keterangan sejarah gerakan mahasiswa, pendapat mana-mana pemimpin, amalan perlantikan kepemimpinan generasi dahulu, sangkaan, percaturan hatta konspirasi (jika ada); semuanya ditolak sekiranya bersalahan dengan empat sumber hukum syarak berkenaan.
Jika difahami soal basik dalam usul fekah ini, sekaligus boleh membantu GAMIS menilai proses syura yang sedia ada atau mendemokrasikan sistem syura dengan setiap ahli layak mengundi.
Bagaimanapun, tidak dapat dinafikan bahawa sesetengah pihak menghukum usaha mendemokrasikan sistem pemilihan kepemimpinan ini sebagai tidak menepati sistem syura yang sebenar menurut Islam.
Ini kerana, mereka yang berkenaan mencandukan bahawa demokrasi yang membenarkan setiap ahli berfikir, menyuarakan pendapat hatta menentukan kepemimpinan satu-satu pertubuhan sebagai suatu sistem yang disadur dari Barat, bukan dari sumber Islam yang sebenar.
Sesetengah pihak menganggap, proses syura yang sedia ada didakwa "tidak layak" kerana dianggap kurang demokratik.
Sesetengah yang lain pula menganggap, setiap ahli yang menuntut hak untuk mengundi dan menentukan kepemimpinan GAMIS mereka secara lebih demokratik juga dianggap "tidak layak" sebagai entiti syura disebabkan demokrasi itu sendiri didakwa bukan dari Islam.
Sebenarnya proses syura mana sekalipun wajar dianggap "layak" selagi mana kedudukan syura itu terpijak pada sumber hukum syarak atau tidak bersalahan pada mana-mana sumber hukum syarak.
Syura yang hampir pada Ijmak
Sebenarnya tidak ada nas yang sahih lagi soreh melarang pendemokrasian syura dengan membenarkan setiap ahli menentukan kepemimpinan mereka.
Bahkan, proses pendemokrasian syura yang dicadangkan itu sebenarnya lebih hampir kepada ijmak berbanding syura yang hanya membataskan atau memberikan autoriti bilangan kecil tententu sahaja dalam menentukan kepemimpinan ummah atau negara hatta persatuan seperti GAMIS.
Sistem syura yang mendekati ijmak adalah salah satu nikmat daripada Allah SWT untuk menyelesaikan perbezaan pendapat di kalangan hamba-hambanya.
Pendapat syura yang dihasilkan dari pendapat majoriti 1,000 muslim lebih mendekati ijmak berbanding pendapas syura yang eksklusif 10 hingga 20 orang sahaja.
Sebab itu, Nabi Muhammad SAW sendiri menerima pandangan majoriti ketika berlaku perbezaan hatta pertembungan pendapat. Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud:
“Sesungguhnya umatku tidak akan bersepakat atas kesesatan. Sekiranya kamu lihat perselisihan, maka hendaklah kamu ambil ‘As-Sawad Al-‘Azam’.” (Ibnu Majah: 3940)
Dalam menafsirkan maksud “sawad a’zam”, Kitab As-Sindi menyatakan, “Jemaah yang ramai. Kerana, kesepakatan mereka lebih hampir kepada ijmak”
Imam As-Sayuti dalam menafsirkan “sawad ‘Azam” dengan menyebut, “Ia adalah himpunan manusia dan kebanyakkan yang mereka bersepakat atas melalui jalan yang betul. Hadis itu menunjukkan bahawa selayaknya beramal dengan perkataan majoriti.” (Hasyiah As-Sindi: 3940)
Al-Munawi pula berkata, “hendaklah kamu ikut sawad ‘azam dari ahli islam] iaitu, lazimi mengikut pendapat majoriti orang islam, kerana ia adalah kebenaran yang wajib dan fardu yang pasti, yang tidak harus menyalahinya. Barangsiapa menyalahinya, lalu mati, maka ia mati jahiliyyah” (Faidul Qadir : 2/547)
Pendapat ini, amat bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Dua lebih baik dari satu. Tiga lebih baik dari dua. Empat lagi baik dari tiga. Hendaklah kamu dengan jemaah [majoriti], kerana Allah SWT tidak akan menghimpunkan umatku kecuali atas petunjuk” [Musnad Ahmad: 20331]
Syura dan demokrasi menurut ulama
Syeikh Mohammad Al-Ghazali (1917-1996) dalam bukunya berjudulal-Islam wa ad-Dimoqratiyyah antara lain berpendapat, demokrasi menjadi pendinding bagi setiap individu daripada dikuasai oleh individu yang menyalahguna kuasa.
Ini kerana, demokrasi menimbulkan perasaan keberanian kepada sang pengkritik untuk berani menyatakan pandangan mereka kepada pemerintahan tanpa rasa takut dipenjara atau ditangkap.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Jihad yang paling afdhal adalah perkataan yang benar di sisi pemimpin yang jahat." (an-Nasa'e: 4002)
Dr Yusof al-Qardhawi dalam karyanya Fi Fiqh ad-Daulah antara lain menyebut, "demokrasi boleh meruntuhkan peraaan penguasa yang gemar mempertuhankan diri (penulis: ego dan zalim) mereka dan memaksa rakyat untuk menjadi hamba kepada penguasa."
Pendapat itu berdasarkan dua firman Allah yang bermaksud:
"Apakah kamu tidak memperhatikan orang yang mendebat Ibrahim tentang Tuhan-nya (Allah) kerana Allah telah memberi kepada orang itu pemerintahan (kekuasaan). Ketika Ibrahim menyatakan: 'Tuhanku ialah Yang Menghidupkan dan Mematikan'; orang itu berkata: 'Saya dapat menghidupkan dan mematikan'. Ibrahim berkata: 'Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari Timur, maka terbitkanlah ia dari Barat', lalu terdiam orang kafir itu; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim." (Surah al-Baqarah: 258)
"Sesungguhnya Firaun telah membuat sewang-wenangnya di muka bumi dan menjadikan penduduknya berpecah belah, dengan menindas segolongan dari mereka, menyembelih anak-anak lelaki mereka dan membiarkan hidup anak-anak perempuan mereka. Sesungguhnya Firaun termasuk orang-orang yang berbuat kerosakan." (Surah al-Qasas: 4)
Menurut Qardhawi, demokrasi adalah satu jaminan terbaik yang boleh melindungi rakyat dari kezaliman penguasa. Ini kerana, dalam demokrasi terdapat sistem yang baik seperti kewujudan prinsip keadilan, syura, penghormatan terhadap hak asasi manusia serta penentangan terhadap para penguasa yang bersikap sombong di atas muka bumi ini.
Rashid al-Ghanousi dalam karyanya al-Hurriyyah al-Ammah fi ad-Daulah al-Islamiyyah antara lain menyebut, Islam tidak bertentangan dengan demokrasi. Bahkan, berkongsi beberapa ciri yang sama iaitu kepentingan bersama dapat bertukar antara satu sama lain serta formula hidup bersama dapat diwujudkan.
Beliau bukan sahaja menerima beberapa ciri pada sistem demokrasi sebagai sistem syura terbaik, bahkan mengajak pemimpin-pemimpin umat Islam supaya membuat tranformasi pada sistem demokrasi Barat.
Ini kerana katanya, orang-orang Eropah pada hakikinya telahpun mengambil faedah daripada tamadun Islam, iaitu konsep syura, menghormati konsep ummat dan pandangan terbanyak.
Pendapat itu didasarkan pada sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Umat tidak disatukan di atas sebarang penyelewengan. Apabila kamu lihat berlaku perselisihan, maka hendaklah kamu kembali kepada Sawad 'azam (Ibn Majah: 3940)
Juga dalam suatu hadith mauquf, iaitu perkataan Abdullah bin Mas'ud ketika melihat kesepakatan umat dalam melantik Abu Bakar as-Siddiq sebagai khalifah dengan menyebut:
"Apa sahaja yang dilihat baik oleh orang-orang Islam, maka ia baik di sisi Allah." (Musnad Ahmad)
Ijtihad di lapangan
Sistem syura yang memberi hak mengundi pada setiap ahli GAMIS dalam menentukan kepemimpinan mereka ternyata lebih dekat pada Ijmak (yang menjadi salah satu sumber hukum syarak) jika dibandingkan sistem syura eksklusif yang dianggotai oleh bekas pemimpin tertentu sahaja.
Tamadun Kristian sebelum ini seakan mengajar umatnya supaya lebih demokratik dalam sistem mereka. Hindu dan Buddha juga ada ajar hal yang sama. Lebih menarik, tamadun Barat yang ditohmah secara semberono sebagai sekular juga mengajar rakyatnya supaya lebih demokratik dalam sistem demokrasi mereka.
Takkan Islam lebih rendah darjatnya sehingga memandulkan umatnya dari proses demokrasi dalam sistem syuranya yang nyata dekat dengan ijmak?
GAMIS perlukan al-ijtihad al-tanzili (ijtihad di lapangan) yang lebih lebih jujur mengikut hukum syarak supaya boleh diteladani oleh persatuan atau gerakan atau parti yang melaksanakan cita-cita Islam tertentu dalam konteks Malaysia sekarang.
Penulis merupakan bekas aktivis mahasiswa yang aktif dalam GAMIS dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) sekitar tahun 2004 hingga 2006.
Mendemokrasikan syura
Menjelang pemahsyuran presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) baru yang dijadualkan pada Jumaat, kedengaran perbezaan pendapat mengenai sistem syura yang dilaksanakan oleh pertubuhan gabungan berkenaan.

- Jilbab Pondok Asselanjuriah · Kuala Lumpur, Malaysianampak sangat orang jahil menulis. Syura yg berasal dalam Islam yg hampir kepada Ijmak adalah syura ahlil hil wal-aqdi, bukan keseluruhan. Malah kebanyakan nas yg diambil disadur dgn cara yg salah, serupa perangai Astora Jabat. Cuba perhatikan bagaimana ulamak mensyarahkan setiap nas tersebut. Lagipun ijmak yg disebutkan itu bukan kesepakatan ummah tetapi kesepakatan mujatahidin, maka ia satu qias yg salah. Kalau basic begini pun penulis tak tahu, memang nampak sangat dia berkata tanpa ilmu. Malaysiakini wajar menapis penulisan yg bermutu dari segala yg menulis. Orang macam dia ni kalau dibiarkan menulis, buruk nama malaysiakini je.
- Nakal Seberang · Universiti Teknologi Malaysia (UTM)kalau mujtahid sepakat dipanggil ijmak ...... semua boleh undi lagi la ijmak... ahl hilli wa aqd itu terpilih jer... klu ahl hilli wa aqd ada yg terplilih ada yg tak terpilih...lagi la jauh dari ijmak... takkan tu jilbab pondok tak fhm,, buat malu selangor jeBalas · · pada 26hb November pukul 8.51 ptg
- Jilbab Pondok Asselanjuriah · Kuala Lumpur, MalaysiaTimoh Kelate, nampak sangat tak faham. Bila semua undi (campur yg layak dan tak layak) kalau dapat keputusan 100% barulah dapat ijmak. Tapi yg berlaku undi akan bercampur-campur. Jadi ia terlalu jauh dari ijmak. Ijmak hanya berlaku bila 100% mujtahidin yg setuju, walau majoriti ummah tak setuju pun. Itu beza dgn demokrasi barat. kalau syura Islam, hanya ahlil hilli walaqdi yg terpilih tu saja yg layak mengundi. Anda nak perjuangkan islam kena ikut cara Islam bukan guna kepala otak saja macam penulis di atas.Balas · · pada 27hb November pukul 2.14 pagi
- Nakal Seberang · Universiti Teknologi Malaysia (UTM)ahl hilli wa aqd, wujud bukan pada zaman nabi dan khalifah empat.. ia lahir pada zaman monarki.. monarki bukan dari islam. monarki wujud sebelum zaman nabi lagi.. macam demokrasi juga... penulis dah cakap.. ia hampir kpd ijmak.. bukan ijmak... monarki amat mudah bawa kpd diktator berbanding demokrasi...Balas · · pada 27hb November pukul 11.26 ptg
- Sang Nitham · Top Commenter · Universiti Teknologi MalaysiaAku tak paham sgt.. jadi aku diam je la. Sekarang ni kalau org keluarkan hadis/ayat, dah tak boleh percaya dah terjemahan/tafsiran diberikan melainkan dia merujuk dari kitab tafsir/hadis tersohor atau org tu mmg ada ilmu yg diyakini. Ramai sgt yg dah keluarkan terjemah dalam melayu lps tu tafsir ikut kepala sendiri..Reply · · November 28 at 10:55pm
- Amir Hasyim Kamaruddin · Top Commenter · Kuli jah atShimizu CorporationTimoh Kelate , Syura bukan Demokrasi
SYURA
Syura merupakan kaedah pemerintahan yang terpenting dalam Islam. Ia merupakan cara terbaik yang boleh membawa perintahan serta pihak yang bertanggungjawab kearah memperolehi pendapat yang terunggul serta penyelesaian yang terbaik. Tiada jalan pemimpin untuk mengelak daripada syura. Allah s.w.t telah memerintah nabinya, Muhammad s.a.w untuk berbuat demikian. Firmannya yang bermaksud: oleh itu maafkanlah dan pohonkanlah ampun bagi mereka serta bermasyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu (peperangan dan hal-hal keduniaan).
Kemudian apabila engkau telah berazam, maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepada-Nya. (surah ali imran:159)
Sehubungan dengan ini Abu Hurairah telah menceritakan , katanya:”tiada seorang pun yang lebih banyak bermesyuarat berbanding dengan Rasulullah”.
Telah diceritakan bahawa sesungguhnya Allah memerintahkan nabinya, Muhammad s.a.w supaya sentiasa bermesyuarat untuk menjinakkan hati para sahabatnya, agar mereka semua mengambil teladan daripada Baginda Rasulullah selepas ketiadaannya. Ia juga bertujuan untuk membuahkan pendapat-pendapat terhadap sesuatu perkara yang tidak diwahyukan, umpamanya perkara yang berkaitan dengan teknik peperangan dan perkara-perkara cabang yang lain.
Allah s.w.t telah memuji para mukminin yang mengamalkan syura, firmannya yang bermaksud : dan juga ( lebih baik dan lebih kekal bagi) orang yang menyahut dan menyambut perintah tuhannya serta mendirikan sembahyang dengan sempurna dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka dan mereka pula mendermakan sebahagian daripada apa yang kami berikan kepadanya. ( surah al-syura :38 )
Apabila seseorang itu meminta pandangan orang mukmin yang lain dan dikemukakan pendapat kepadanya mengikut perspektif Al-Quran, sunnah atau ijmak maka wajiblah ia mendengar dan mentaatinya, dan tidak boleh lagi dia mendengar yang lain selain daripada itu. Adapun mengenai perkara yang menjadi perselisihan di kalangan orang islam, maka setiap orang hendaklah diminta pandangannya. Mana-mana pendapat yang sejajar dengan Al-Quran dan sunnah hendaklah diterima pakai.
Imam Muhammad bin Ismail al-Bukhari telah berkata dalam kitab sahihnya tentang firman Allah s.w.t : bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah bermesyuarat dan berunding dengan para sahabatnya pada hari peperangan Uhud samada untuk terus tinggal di situ ataupun keluar dan para sahabat telah memberikan pendapat mereka untuk keluar. Rasulullah s.a.w juga telah berunding dan bermesyuarat dengan Sayidina Ali k.w.h dan juga Usamah r.a, mengenai tuduhan fitnah yang dibuat terhadap Sayidatina Aisyah r.ha. dan baginda telah menerima pandangan mereka berdua. Selepas itu turunlah wahyu mengenai perkara itu dan mereka yang melakukan fitnah itu telah dikenakan hukuman sebat. Rasulullah s.a.w tidak memandang kepada perbalahan mereka, tetapi baginda menghukum dengan apa yang diperintahkan oleh Allah.
Para pemimpin selepas Nabi Muhammad s.a.w juga bermesyuarat dan mendapatkan pandangan daripada tokoh ilmuan mengenai perkara-perkara yang di haruskan dengan tujuan untuk mencari dan menerima pakai yang termudah. Sekiranya sesuatu perkara itu telah jelas kedudukannya samada dalam Quran dan hadis maka mereka tidak lagi mencarinya dalam sumber hukum yang lain, berpandukan dengan apa yang dilakukan oleh Rasulullah.
Abu Bakar r.a berpendapat bahawa mereka yang enggan menunaikan zakat perlu diperangi. Umar r.a telah berkata kepadanya : “ kenapakah engkau memerangi mereka, sedangkan Rasulullah s.a.w telah bersabda :
“ Aku telah diperintahkan supaya memerangi semua manusia sehiggalah mereka itu mengucapkan lailahaillah apabila mereka mengucapkannya maka terpeliharalah daripadaku darah mereka dan harta benda mereka melainkan dengan adanya hak-hak yang lain dan Allah akan melakukan perhitungan terhadap mereka “.
Abu Bakar menjawab : “ Demi Allah, sesungguhnya aku akan memerangi sesiapa sahaja yang memisahkan apa yang telah dikumpulkan oleh Rasulullah “.
Ini telah diikuti oleh Umar. Abu Bakar tidak akan bermesyuarat sekiranya hukum mengenai mereka yang memisahkan antara sembahyang dan zakat itu telah dibuat oleh Rasulullah s.a.w. mereka yang berbuat demikian (memisahkan antara sembahyang dan zakat) adalah bertujuan untuk mengubah agama serta hukum-hukumnya.
Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud :
“ Sesiapa yang menukar agamanya hendaklah kamu membunuhnya”. Kesemua para penghafaz Al-Quran merupakan ahli mesyuarat tidak kira tua ataupun muda. Mereka itu semua berpegang teguh pada Al-Quran.
Al-Baihaqi telah meriwayatkan daripada Maimun bin Mahran, katanya : “ Apabila Abu Bakar menghadapi sesuatu kemusykilan, beliau akan mencari penyelesaiannya dalam Al-Quran. Sekiranya beliau mendapati hukum berkenaan terdapat dalam Al-Quran maka beliau akan menghukum dengannya, apabila beliau mendapatinya dalam hadis beliau akan menghukum dengannya. Apabila beliau tidak mengetahui beliau akan bertanyakan kepada para muslimin tentang hadis yang berkaitan. Jika masih gagal beliau akan mengumpul para ilmuan dan mendapatkan pandangan mereka. Selain daripada cerita-cerita di atas, banyak lagi cerita lain mengenai mesyuarat dan rundingan yang dilakukan oleh Umar r.a.Reply · · November 29 at 5:52am - Amir Hasyim Kamaruddin · Top Commenter · Kuli jah atShimizu CorporationHukum Syura
Mengikut pendapat yang terkuat dalam karangan para ulama bahawa hukum syura adalah wajib. Ini berdasarkan kepada kata perintah di dalam ayat wasyawirhumfilamri. Di sini tidak terdapat sebarang tanda atau dalil lain yang boleh menjadikan hukum syura itu sunat. Keseluruhan ulama feqah sependapat bahawa hukum syura adalah wajib.
Ibn Khuwariz mindad- daripada mazhab Maliki- berkata : “ Para pemerintah wajib bermesyuarat dan berunding dengan para ulama mengenai perkara-perkara yang mereka tidak tahu, kemusykilan-kemusykilan agama, aspek-aspek ketenteraan yang berkaitan dengan peperangan, perkara-perkara yang berkaitan dengan kepentingan orang ramai, perkara-perkara yang berkaitan dengan pegawai-pegawai kerajaan, menteri-menteri, buruh-buruh serta perkara-perkara lain yang berkaitan dengan kepentingan Negara dan juga pembangunannya”.
Mengenepikan mesyuarat dan rundingan bermakna mendedahkan kepentingan orang islam kepada bahaya dan ketinggalan.Reply · · November 29 at 5:53am - Amir Hasyim Kamaruddin · Top Commenter · Kuli jah atShimizu CorporationSistem Syura.
Mengenai system syura di Negara islam, tidak terdapat sebarang dalil samada Al-Quran ataupun hadis yang menetapkan cara tertentu dalam melaksanakannya. Tiada juga peraturan tertentu bagi anggota syura. Keadaannya adalah berbeza mengikut masa dan tempat. Perkara melaksanakan syura itu diserahkan kepada kebijaksanaan pemerintah untuk menjalankannya mengikut cara yang bersesuaian dengan kebaikan yang ingin dicapai.
Yang penting sekali ialah anggota majlis syura itu hendaklah terdiri daripada orang islam yang adil dan bukanlah daripada kalangan yang sebaliknya. Mereka juga hendaklah terdiri daripada kalangan pakar yang berpengalaman. Mereka juga hendaklah terdiri daripada kalangan pakar yang berpengalaman dalam bidang-bidang yang berkaitan, ahli-ahli fikir dan ahli-ahli politik islam.
Dengan demikian, tidaklah boleh dikatakan bahawa islam mempunyai kecacatan dari segi kesejajarannya dengan perjalanan masa yang berkaitan dengan bentuk Negara yang bersesuaian, kerana islam telah menetapkan dasar-dasar yang adil dan tidak berbeza antara satu bangsa dengan yang lainnya. Islam telah memberikan peluang yang seluas-luasnya kepada orang ramai untuk menetapkan cara masing-masing dalan menjalankan dasar yang telah ditentukan itu, iaitu satu cara yang boleh menjamin dan memelihara kepentingan mereka serta bersesuaian dengan keadaan mereka dan tidak bertentangan dengan nas-nas syariah.Reply · · November 29 at 5:53am - Amir Hasyim Kamaruddin · Top Commenter · Kuli jah atShimizu CorporationAntara Syura & Demokrasi
Terdapat satu kenyataan yang mengatakan bahawa demokrasi itu merupakan perlaksanaan semasa terhadap sistem syura yang diperkenalkan oleh Islam. Kenyataan yang seumpama ini perlu ditolak kerana ia merupakan satu penipuan dan pemalsuan. Pada hakikatnya perbezaan antara demokrasi dan syura adalah seperti langit dengan bumi. Antara kedua-dua system ini mempunyai perbezaan yang jauh serta jarak yang luas dan dapat dilihat dalam perkara-perkara yang berikut:
1. Syura terbatas kepada perkara –perkara yang tidak ditentukan melalui wahyu, dan tertakluk kepada tiadanya percanggahan dengan Al-Quran, hadis serta ijmak serta tidak bercanggah dengan kaedah syariah dan usulnya. Adapun demokrasi bebas melampaui hukum Allah. Suara majority boleh menghalalkan apa yang telah diharamkan oleh Allah seperti zina, perlakuan-perlakuan sumbang, kahwin sesama lelaki. Disamping itu, ia juga mengharamkan apa yang telah dihalalkan oleh seperti berpoligami, menikmati sesuatu yang baik dan lain-lain lagi.
2. Anggota majlis syura terdiri daripada orang islam yang adil, ilmuan, ahli fikir, pakar-pakar yang berpengalaman dalam bidang-bidang yang berkaitan. Manakala dalam system demokrasi pula bercampur aduk antara yang alim dengan yang jahil, antara yang bijaksana dengan yang bodoh, pelakon dan penari dan sesiapa sahaja yang Berjaya menarik para pengundi dan mengundinya. Mereka inilah yang menentukan hala tuju perundangan samada menghalalkan atau mengharamkan sesuatu.
3. Dalam system syura, sesuatu kebenaran itu bukanlah ditentukan oleh suara majority, seperti mana firman Allah yang bermaksud : Dan jika engkau menurut kebanyakkan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkan mu dari jalan Allah (surah al-an’am: 116)
Bahkan kebenaran itu ditentukan berasaskan dalil, hujah dengan mengambil kira usul syariah dan kepentingan awam. Sementara penggunaan suara majority dalam system demokrasi menyelesaikan masalah tanpa mengambil kira hujah-hujah syariah dan bukti-bukti akal.Reply · · November 29 at 5:56am - Amir Hasyim Kamaruddin · Top Commenter · Kuli jah atShimizu CorporationCARA-CARA PERLANTIKAN PEMIMPIN
Kepimpinan terbahagi kepada 2 : Pemilihan dan paksaan.
Pemilihan pemimpin melalui cara pemilihan biasa berlaku melalui 2 cara, manakala melalui cara paksaan melalui satu cara sahaja. Inilah ketiga-tiga cara pemilihan pemimpin.
Cara yang pertama dalam kepimpinan yang dipilih adalah dengan pembaiahan ahl al-hil wa al-‘aqd.
Melalui cara ini pemilihan dilakukan oleh 2 kumpulan umat islam :
Kumpulan pertama: Anggota pemilihan
Mereka merupakan ahl al-hil wa al-‘aqd daripada golongan pemerintah, ulama serta pemimpin orang ramai. Terdapat 3 ciri yang disyaratkan bagi golongan ini, iaitu:
1. Keadilan
2. Mempunyai ilmu yang dapat menjadikan mereka mengenal pasti calon yang layak memegang jawatan pemimpin berdasarkan syarat yang telah di tetapkan.
3. Pandangan yang luas serta kebijaksanaan yang membolehkan mereka memilih orang yang paling layak bagi memegang jawatan khalifah dan menguruskan kepentingan masyarakat.
kumpulan kedua: Anggota kepimpinan, yang telah dijelaskan syaratnya sebelum ini.
Apabila berkumpul anggota ahl al-hil wa al-‘aqd untuk membuat pemilihan, mereka mestilah memeriksa keadaan anggota kepimpinan, yang mencukupi syarat-syaratnya. Pada ketika itu, hendaklah mereka mendahulukan orang yang paling layak dan sempurna syarat-syaratnya. Mereka yang paling cepat dibaiahkan oleh orang ramai serta mereka tidak teragak-agak untuk memberi baiah kepadanya di samping melihat perkembangan persekitaran dan waktu tersebut. Pada zaman kemunculan perkara-perkara bidaah dan kekurangan ilmu dalam masyarakat serta wujud keamanan dalam masyarakat, hendaklah mereka memilih orang yang paling berilmu. Adapun apabila berlaku serangan musuh serta kemunculan yang melakukan kerosakan dan pemberontakkan, pada ketika itu hendaklah mereka memilih orang yang paling berani.
Jika terdapat dalam kalangan calon yang dipilih, dan ada yang ijtihad menunjukkan ia patut didahulukan,maka tawaran tersebut hendaklah diberikan kepadanya. Jika ia setuju, maka hendaklah mereka memberi baiaah kepadanya. Pada ketika itu, sahlah baiaah mereka kepadanya. Dan seluruh umat wajib memberi baiaah serta mentaati perintahnya.
Dengan cara inilah berlakunya baiaah ketua sahabat Nabi s.a.w. Abu Bakar al-Siddiq r.a, apabila beliau diberi baiaah oleh para sahabat yang besar di Saqifah Bani Saidah sebagaimana yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim. Kata Umar:” Hulurkan tanganmu wahai Abu Bakar.” Maka Abu Bakar pun menghulurkan tangannya, lalu Umar memberi baiaah kepadanya. Seterusnya diikuti oleh kaum Muhajirin dan Ansar.
Baiaah ini berlaku sebelum pengebumian Nabi s.a.w. Para sahabat tidak mahu bermalam, tanpa seorang imam dan tidak berada dalam jemaah. Pada keesokkan harinya Umar mengumpulkan orang ramai di masjid untuk pembaiaahan beramai-ramai dengan berkata : “ Sesungguhnya Abu Bakar seorang sahabat Nabi s.a.w. satu-satunya sahabat yang bersama nabi apabila Baginda keseorangan. Maka beliaulah orang islam yang paling layak menguruskan urusan kamu, maka bangunlah kamu dan berikanlah baiah kepadanya.”
Cara kedua dalam baiaah secara pilihan (perlantikan khalifah)
Perlantikan yang dibuat oleh pemerintah yang sedia ada terhadap orang selepasnya. Ijmak yang dibuat mengharuskannya dan para ulama bersepakat di atas kesahihannya. Abu Bakar telah mewasiatkan perlantikan Umar sebagai penggantinya, manakala Umar pula mewasiatkan perlantikan penggantinya kepada anggota syura, dan hal ini tidak dibantah oleh para sahabat. “ Apabila seseorang imam ingin mewasiatkan penggantinya, maka hendaklah ia memerah fikirannya untuk menentukan siapakah yang paling layak serta memenuhi syarat-syaratnya.Reply · · November 29 at 6:16am - Amir Hasyim Kamaruddin · Top Commenter · Kuli jah atShimizu CorporationKESIMPULAN
Sebagai mana yang disebut oleh al-imam al-Nawawi bahawa seluruh umat islam telah bersepakat bahawa apabila seseorang khalifah telah didatangi dengan tanda-tanda kematian, dan sebelum daripada itu, harus baginya melantik penggantinya ataupun sebaliknya. Jika dia meninggalkannya maka sesungguhnya dia telah mengikut jejak langkah Nabi s.a.w, dan sebaliknya jika dia berwasiat, maka dia telah menuruti tindak tanduk Abu Bakar. Seluruh umat islam telah bersepakat bahawa sesuatu khilafah itu sah samada dengan cara perlantikkan khalifah ataupun melalui cara pemilihan yang dibuat oleh anggota ahl al-hil wa al-‘aqd’ terhadap seseorang jika khalifah tidak melantik penggantinya.
Ibn Hazm berpendapat bahawa ini adalah sebaik-baik cara dalam perlantikkan khalifah. Dia berkata: “perlantikkan imam sah melalui beberapa cara: yang pertama, iaitu yang paling baik dan tepat, adalah dengan cara khalifah yang hampir meninggal melantik seseorang menjadi khalifah selepas beliau meninggal. Perlantikkan tersebut boleh terjadi semasa dia masih sihat, ataupun ketika dia sakit mahupun ketika dia hampir meninggal dunia. Ini kerana tidak terdapatnya satu dalil dan ijmak yang menghalang berlakunya salah satu cara daripada perlantikkan tersebut. Sebagaimana yang telah dilakukan oleh Nabi s.a.w. terhadap Abu Bakar, dan yang telah dilakukan oleh Abu Bakar terhadap Umar, begitu juga sebagaimana yang dilakukan oleh Sulaiman bin Abdul Malik terhadap Umar bin Abdul Aziz.
“inilah cara yang kita pilih dan kita tidak memilih cara selain daripadanya kerana melalui cara inilah berlakunya kesinambungan antara pemerintahan, teraturnya urusan islam dan umatnya serta dapat menghindari sesuatu yang tidak dikehendaki berlaku seperti perpecahan dan pertelingkahan yang boleh membawa kepada kacau bilau, penyebaran fitnah, keresahan jiwa dan timbulnya perasaan tamak haloba. Adapun baiah yang diingkari oleh sebahagian sahabat dan tabii seperti baiah kepada Yazid bin Muawiyah, al-Walid dan Sulaiman adalah di sebabkan mereka semua tidak mempersetujui perlantikan khalifah tadi bukan di sebabkan khalifah yang sebelumnya telah melantik mereka semasa masih hidup.
Hal yang disebut oleh Abu Muhammad ibn Hazm ini telah diisyaratkan sebelumnya oleh sahabat Nabi s.a.w. yang ulung iaitu Abu Bakar al-Siddiq r.a. apabila beliau mewasiatkan supaya melantik Umar sebagai khalifah selepasnya dengan berkata: “ ya Allah, aku hanya mengharapkan kebaikan kaum muslimin dan bimbang akan fitnah yang bakal menimpa mereka.”
Hal ini juga disebut oleh Abu Abdul Rahman Abdullah bin Umar
r.a, apabila ia berkata : “aku telah masuk ke rumah Habsah, maka ia bertanya: “ tahukah kamu bahawa bapa kamu belum lagi melantik seseorang bagi menggantikan tempatnya?”
Aku menjawab: ‘dia sepatutnya tidak melakukan begitu.’
Kata Habsah: ‘bahkan ia telah berbuat demikian.’
Lalu aku berkata: ‘aku bersumpah akan berbincang dengannya tentang hal tersebut.’
Lalu aku berdiam diri sehinggalah aku pulang ke rumah, tetapi aku belum berbicara dengan bapaku (Umar). Keadaanku sewaktu itu umpama aku memikul sebuah gunung sehinggalah aku kembali ke rumah dan seterusnya berbicara dengannya. Ia pun bertanya kepadaku tentang keadaan rakyat jelata, lalu aku memberitahunya.
Kemudian aku berkata kepadanya: ‘sesungguhnya aku mendengar orang berkata sesuatu, dan aku ingin memberitahunya kepadamu: mereka mendakwa bahawa kamu tidak melantik pengganti khalifah. Katakan ada seorang pengembala unta atau kambing, kemudian ia datang kepadamu dan meninggalkan haiwan gembalaannya, tidakkah kamu melihat bahawa dia telah mengabaikan tanggungjawabnya? Maka pemeliharaan manusia lebih dasyat lagi.’
Lalu beliau bersetuju dengan pandanganku tadi. Dia lantas menundukkan kepalanya seketika dan kemudiannya mendongakkannya kembali, seraya berkata: ‘Allah ’azza wa jalla akan memelihara agama-Nya. Sesungguhnya, jika aku tidak melantik khalifah selepasnya, maka Rasulullah s.a.w. sendiri tidak melantik penggantinya. Jika aku melantik pengganti, maka Abu Bakar sebelumku telah pun melantik penggantinya.’
Demi Allah ! dia hanya menyebut Rasulullah s.a.w. dan Abu Bakar. Pada ketika itu aku menyedari bahawa beliau (Umar) tidak akan mengikut seseorang selain daripada Rasulullah s.a.w. dan tidak melantik penggantinya.Reply · · November 29 at 6:18am - Amir Hasyim Kamaruddin · Top Commenter · Kuli jah atShimizu CorporationSambungan...
Mengenai hal ini, berkata al-‘allamah siddiq Hasan Khan: “ dalam hal ini, seseorang pemerintah tidak patut dipersalahkan, walaupun dia melantik bapa ataupun anaknya sebagai pengganti, kerana dia telah diberi jaminan semasa hidupnya untuk memerhatikan perbuatan mereka. Seelok-eloknya dia tidak dianggap sebagai ingin meninggalkan pengaruh selepas kematiannya, berbeza dengan pendapat yang menuduh mereka yang melantik anak atau bapanya sebagai pengganti mahupun mereka yang menganggap pelantikan anak sahaja sebagai satu kesalahan, bukan bapa. Semua ini jauh sama sekali daripada sangkaan yang baik, terutamanya jika terdapat factor yang boleh membawa kepada perkara tersebut seperti mengutamakan kepentingan umum ataupun menjangkakan akan berlaku sesuatu kemusnahan, pada ketika itu tertolaklah segala sangkaan sebagaimana yang berlaku pada peristiwa perlantikan Yazid oleh bapanya Muawiyah, walaupun tindakan Muawiyah tersebut yang dipersetujui oleh orang ramai merupakan dalil yang nyata dalam hal ini.
Tindakan Muawiyah melantik anaknya sebagai khalifah, bukannya orang lain, bertujuan memelihara kepentingan manusia supaya mereka bersatu pandangan dengan pendapat ahl al-hil wa al-‘aqd’ pada ketika itu yang terdiri daripada kaum bani Umayyah. Bani Umayyah tidak akan redha dengan perlantikan orang lain selain mereka. Ini di sebabkan mereka merupakan tonggak kepada Quraisy, dan merupakan pendukung agama serta kaum majority. Oleh itu, Muawiyah mengutamakannya daripada orang lain yang dianggap lebih layak dan mengetepikan calon yang lebih layak demi untuk menjaga permuafakatan dan persefahaman antara orang ramai yang di anggapnya lebih utama di sisi syarak. Dan dengan itu, tidak sepatutnya Muawiyah dianggap selain daripada itu. Keadilan serta kedudukan sebagai sahabat sudah cukup menghalangnya melakukan selain daripada perkara tersebut. Ditambah lagi dengan kehadiran para sahabat dalam peristiwa tersebut dan sikap berdiam diri mereka merupakan bukti kepada terhapusnya keraguan pada tindakan Muawiyah tadi. Mereka bukanlah daripada golongan yang menganggap urusan kebenaran sebagai hal yang remeh temeh, dan Muawiyah pula bukanlah daripada golongan yang angkuh untuk menerima kebenaran. Semua mereka amat jauh untuk bersifat demikian dan keadilan mereka menghalang mereka melakukan perkara tersebut.
Kemudian pula, selepas zaman Muawiyah, terdapat beberapa orang khalifah yang bertindak seumpamanya seperti Abdul Malik dan Sulaiman daripada Bani Umayyah, serta al-Saffah, al-Mansur, al-Mahdi, dan al-Rashid daripada Bani Abas dan golongan seperti mereka yang di kenal keadilan mereka, pandangan mereka yang baik untuk umat islam.
Tidak menjadi keaiban kepada mereka untuk mengutamakan anak-anak ataupun adik beradik mereka atau menyebabkan keluar daripada jalan para khulafa al-Rasyidin berempat dalam hal tersebut. Keadaan mereka pula tidak sama dengan situasi yang dialami oleh para khulafa al-Rasyidin tadi. Pada zaman itu,belum berlaku perebutan kuasa dan orang ramai kuat beragama. Setiap orang mempunyai kekuatan beragama di dalam dirinya, pada ketika mereka hanya melantik mereka yang diredhai dari segi pegangan agamanya sahaja dan mengutamakannya daripada orang lain. Mereka hanya mengenali mereka yang sampai ke tahap yang berikutnya berdasarkan kepada pegangan agamanya.
Adapun keadaan golongan selepas mereka bermula dari zaman Muawiyah, perasaan tahsub telah menular untuk mencapai matlamatnya mencari kuasa, sedangkan pegangan agama semakin lemah, dan orang ramai mengharapkan kepada pegangan kesultanan dan ketaksuban. Jika dilantik seseorang yang tidak diredhai oleh golongan yang taksub, maka sudah tentu perlantikan itu akan ditolak, dan pemerintahannya akan berakhir dengan segera. Pada ketika itu umat akan berpecah belah.
Sebagai contohnya peristiwa perlantikan Ali bin Musa bin Jaafar al-Sadiq oleh al makmun yang menggelarkannya dengan gelaran al-ridha. Bagaimanapun, kaum abbasiyyah mengingkari perlantikan tersebut dan melucutkan baiah padanya. Sebaliknya mereka memberi baiah kepada bapa saudaranya iaitu Ibrahim bin al-Mahdi. Pada ketika itu berlaku keadaan kucar-kacir dan porak-peranda, kecurian, kemunculan pelbagai kumpulan pemberontak dan puak khawarij. Keadaan kembali reda apabila al-makmun pulang ke Baghdad dari Khurasan, dan mengembalikan urusan mereka kepada orang yang dilantiknya.
Semua ini perlu diperhatikan apabila berlaku sesuatu perlantikan. Zaman saling berubah di sebabkan perubahan peristiwa,kabilah yang berpengaruh dan perasaan asabiyyah. Yang ada ia juga turut berubah mengikut kepentingan. Setiap perkara mempunyai hukumnya yang tersendiri, sebagai satu rahmat daripada Allah buat hamba-Nya.
Apabila sesebuah pemerintahan telah stabil bagi pemegang jawatan tersebut samada melalui cara pemilihan ataupun perlantikan, maka wajib bagi seluruh umat mengetahui bahawa pemerintahan tersebut telah berpindah kepada orang yang berhak. Oleh itu mereka wajib menyerahkan segala urusan mereka kepadanya tanpa monopoli, supaya mereka yang baru dilantik dapat menjalankan tugas mereka yang melibatkan pelbagai kepentingan dan pengurusan kerja.
Yang diambil kira ialah baiah yang diberikan oleh ahl al-hil wa al-‘aqd terhadap seseorang pemerintah. Baiah inilah yang mewajibkan seseorang pemerintah itu ditaati, sabit pemerintahan untuknya, serta segala arahannya haram dilanggari. Semua ini berdasarkan dalil-dalil yang kuat, dan hujah yang kukuh.Reply · · November 29 at 6:20am- Amir Hasyim Kamaruddin · Top Commenter · Kuli jah at Shimizu CorporationPesanan dari Syaikh Abdul Qadir As-Sufi;
"Di dalam menentukan siapa, dan di mana musuh kita berada, kita perlu memahami bahawa musuh kita sekarang bukanlah sebuah ‘negara’ dengan cara politik tertentu samada Komunis, Kapitalis, Zionis Israel, Sosialis atau regim sekular dan sebagainya, begitu juga dengan tenteranya dan sebuah bendera yang boleh kita kenali.
Mereka ini bukanlah sebuah ‘negara’. Mereka adalah International (Antarabangsa), berbagai rakyat negara-negara antarabangsa tetapi mereka mempunyai kuasa untuk merubah undang-undang mana-mana negara, dan mempertahankan hak mereka dengan tidak menjadi kuasa politik di mana-mana negara.
Mereka berkuasa dengan mengedarkan wang-wang kertas haram sementara simpanan-simpanan emas ( Gold Reserve) berada di tangan mereka, harga emas dipasarkan ditentukan oleh mereka, juga pasaran komoditi (bahan mentah) dimana kita melihat di mana semua bahan-bahan mentah dikuasai oleh mereka dengan cara membuat inflasi yang palsu ( Artificial Inflation ) dan bankrupsi.
Seorang pemuka Tabi’in yang besar, Sa’id ibn Musaiyab pernah menyatakan bahawa menyimpan emas dan perak daripada pasaran merupakan sebahagian dari kerja-kerja kerosakan di atas muka bumi.
Keadaan masyarakat Islam Rasullulah s.a.w di Madinah Al-Munawarah adalah sebahagian dari mukjizat Rasulullah s.a.w kepada manusia sebagai contoh umat yang terbaik di setiap segi yang perlu diikuti oleh umat yang datang kemudian. Sangat jauh berbeza sama sekali dengan keadilan masyarakat Rasulullah s.a.w dengan jumlah hutang negara-negara pada hari ini yang berbillion-biliion dolar, terutamanya Amerika Syarikat dengan hutangnya yang sudah mencecah Trillion dollar kepada bank-bank milik persendirian telah menunjukkan betapa sifat kemanusiaan dan pemikiran sudah runtuh dan semuanya sudah menjadi masyarakat ‘riba’.
Kita tidak dapat lari dari kenyataan keadaan situasi sekarang dimana kita berada dibawah satu sistem yang global (sistem yang menyeluruh dan berpusat di bawah penguasaan Yahudi di seluruh dunia). Sekiranya kita membuka satu cabang dari keseluruhan sistem dengan perbankan tanpa faedah, sudah semestinya wang tersebut akan memasuki ke dalam sebuah sistem yang lebih besar dan bercampur aduk dengan proses riba secara menyeluruh (seperti sungai dan switch elektrik ).
Satu kemudahan pinjaman/kredit di satu tempat boleh melibatkan beratus-ratus bank dalam prosesnya dan duit-duit yang teredar di dalamnya sudah tentu berada didalam penggunaan saham riba. Akan tetapi apa yang berlaku, penglibatan Bank Islam tidak diketengahakan kemana duit tersebut akhirnya pergi!. Ini telah berjaya membawa sikap yang membisu didalam masyarakat.
Salah satu lagi kenyataan yang sudah disimpulkan ialah cara Bank Kuffar ini memberi satu pengisian terhadap satu ‘kekosongan’ di dalam ekonomi. Mereka berselindung disebalik keperluan pembangunan dan kemajuan seolah-olah sekiranya tidak ada bank tidak akan ada ‘kemajuan’, kerana tidak ada wang untuk pinjaman projek pembangunan dan seterusnya akan membawa kepada kemunduran. Siapa yang memperkenalkan kepada kita teori-teori tentang kemajuan? Tidakkah mereka yang sama juga yang mahu memerangkap kita.
Bank dengan caranya yang tersendiri adalah umpama anak-anak sungai yang mengalir kearah sungai-sungai yang lain di atas satu sistem riba yang bercampur aduk di dalam satu lautan haram. Bank juga terikat dengan ‘Bursa Saham’ yang juga kawan dan musuhnya. Di bawahnya terletak keseluruhan sistem pasaran ‘komoditi’ ( bahan mentah ), pasaran ‘saham’ dan juga pasaran ‘matawang’.
Negara-negara Arab sudah pun merasai kuasa ‘magik’ (silapmata) manipulasi pasaran saham dan bursa saham. Pada satu ketika dahulu nagara-negara Arab mempunyai kuasa politik dengan kuasa menetukan harga minyak. Tetapi mereka-mereka yang menguasai pasaran hanya mengambil masa setahun sahaja untuk membuat penilaian semula ke atas harga minyak yang sama sehingga penurunannya membawa kepada negara-negara minyak yang sama hampir kepada bankrupsi.
Apa yang digambarkan kepada kita hanyalah kejatuhan mendadak nilai saham seperti ‘crash 29’ di Bursa Saham seluruh dunia padahal merekalah yang menjadi arkitek yang mudah mengira dari awal lagi bagaimana untuk memperolehi keuntungan daripadanya. Adalah suatu perkara yang pelik, bagaimana golongan Modenis yang sanggup memerangkap kita dengan ‘bank Islam’ mereka, sedangkan ini akan membawa harta umat Islam terjun kedalam Bursa Saham dan Pasaran Tukaran Komoditi yang terang-terang sistemnya bertentangan dengan Al-Quran dan Sunnah.
Kita tidak ada pilihan lain, melainkan mengkategorikan keseluruhan sistem kewangan yang ada sekarang adalah riba. Ini memasukkan keseluruhan sistem yang berangkaian dengan sistem dan Mega-Bank ( I.M.F Bank Dunia dan lain-lain), Bursa Saham dan lain-lain bentuk perniagaan yang dijalankan mengikut protokol-protokol mereka. Ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah kuasa yang dimiliki dengan cara riba, mereka ini memerintah dunia dengan organisasi dan pegawai-pegawai mereka yang bertaburan dimerata-rata tempat dengan sistem bank, terkunci bersama-sama dengan apa yang dipanggil kerajaan ‘Demokrasi’ dan agensi-agensi serta boneka-boneka yang menjadi Diktaktor yang memerintah negara-negara yang berhutang, yang menjadi pelanggan kepada mereka.
Ini semua kita boleh memahaminya secara rasional tanpa kita membuktikan teori-teori konspirasi (rancangan jahat) atau pertubuhan-pertubuhan sulit seperti Freemanson, tetapi elemen-elemen ini juga ada peranannya disebalik tabir sebagaimana yang dapat kita lihat pada skandal-skandal yang berlaku yang melibatkan gereja Katolik. Mafia dan sistem penguasaan kerajaan Itali (dalam bentuk baru penguasaan mereka terus berjalan).
Keadaan masyarakat sekarang, kita melihat bagaimana ekonomi dan dunia perniagaan didalam lintas melintas antara politik dan dunia politik merupakan gambaran sebuah panggung wayang kepada kita, satu arena yang mana orang ramai dipertontonkan isu-isu peribadi di dalam parti-parti politik dan krisis di antara parti-parti politik. Ini berjaya menutup, mereka-mereka yang menjadi dalang yang sebenar, sedangkan isu yang sebenarnya yang harus kita lihat ialah masalah wang. Bagaimana aktiviti mereka di dalam perbankan, meminjam dan mengambil harta dengan metod tersebut, harta dalam bentuk emas, perak dan ketuanan dengan memiliki syarikat-syarikat pengeluar barangan juga dengan cara memiliki tanah. Bankrupsi bagi bank hanyalah suatu cara dan jalan bagi memiliki harta milik peribadi orang ramai dan juga seperti yang berlaku kepada orang kaya sebelum penubuhan bank secara sempurna.- Amir Hasyim Kamaruddin · Top Commenter · Kuli jah atShimizu CorporationSambungan...
Perbankan antarabangsa adalah sistem tanpa ketaatan kepada mana-mana negara atau mana-mana institusi yang diperbadankan oleh kerajaan. Mereka ini adalah parasit ( pohon tumbang) dengan cara riba mereka, meninggalkan dan menggunakan agensi-agensi kerajaan dan antarabangsa yang berkepentingan politik dan ekonomi semahunya mengikut kehendak mereka, juga dengan identiti mereka yang dapat dilihat dengan menggunakan Bank-bank cawangan, Bank Nasional, Bank Negara, Konglomerat. Mega-Bank dan institusi-institusi Bangsa –bangsa Bersatu untuk kepentingan mereka.
Semuanya ini telah membawa kearah perkembangan penubuhan Korporat Multi-Nasional (Syarikat besar Antarabangsa) dan menggunakan metod supranational (di luar batasan kenegaraan) yang akhirnya telah berjaya mengenepikan apa yang dipanggil kuasa politik dan ekonomi negara. Sebenarnya faham yang mengatakan bahawa negara berkuasa (berdaulat), sudah tidak ada realiti lagi sejak perjanjian Bretton Woods selepas perang dunia kedua yang membawa kepada penubuhan Bank Dunia dan International Monetary Fund ( Tabung Kewangan Antarabangsa)
Janganlah kita dikhayalkan bahawa semua ini adalah dari sistem Kapitalis, di timur kita hanya berhadapan dengan bank milik kerajaan yang akhirnya tunduk kepada pemilik-pemilik Bank Antarabangsa. Bank Chase Manhattan mempunyai cawangan di Moscow dengan alamat: 1, Karl Marx Square, ini bukan menunjukkan yang mereka ini agen komunis tetapi yang sebenarnya slogan kapitalis demokratik Amerika dan komunis Russia hanyalah palsu belaka, ia hanyalah alat perniagaan untuk saingan peperangan perdagangan bebas dan cara untuk mendapatkan harta.
Teori-teori yang canggih dalam istilah ekonomi direka oleh pakar-pakar ekonomi yahudi di tempat-tempat penguasaan intelektual mereka di universiti-universiti utama di dunia. Dari tempat yang sama. Falkuti Pengajian Islam yang direka oleh mereka dalam masa 10 tahun, mereka telah berjaya memaksa kerajaan negara umat Islam mendapatkan pengiktirafan sebagai bukti Ilmu Islam di universiti-universiti tempatan, sedangkan ini tidak lain dan tidak bukan telah menunjukkan kebodohan kepada mereka kerana akan lahirlah generasi ‘duktur-duktur’ yang menjadi agen-agen mereka secara diam-diam atau terbuka samada sedar atau tidak. ‘Duktur’ Islam tidak lain tidak bukan hanyalah golongan Modenis ‘Apogeletik’ ( sikap rasa rendah – minta maaf ) dengan bentuk Islam baru mereka yang tidak ada kuasa untuk melawan.
Allah s.w.t dan Rasulnya telah mengisytiharkan perang ke atas mereka-mereka yang menjalankan sistem riba. Di mana sahaja riba dijalankan disitulah Darul Harb. Tetapi Sayangnya ‘Duktur-Duktur’ telah mengatakan darul Harb sudah tidak ada lagi kerana tidak sesuai dengan ‘keadaan’ dunia yang berada dalam negara-negara berdaulat Statisme sekarang. Sedangkan apa yang kita lihat, musuh kita Banker-banker antarabangsa bergerak diseluruh dunia sebagai arena atau medan riba mereka, maka setiap tempat tersebut, maka di situlah darul Harb.
Daripada perisytiharan perang tersebut dapat kita melihat bagaimana tanah-tanah jantung umat islam di negara-negara Arab telah dikaburi mata mereka oleh ulama-ulama modenis atas nama tajdid untuk membuat pembaharuan. Mengambil bahasa dan metodologi kuffar sebagai panduan daripada bahasa dan shariat Islam seterusnya ini membawa kepada pemahaman, mereka sudah tidak mampu berfikir sebagai seoarang Muslim kerana akhirnya mereka menjadi, samada golongan kanan (Rightists) yang mempunyai cita-cita politik dalam pilihanraya demokrasi berparlimen atau menjadi golongan kiri dengan radikal dengan cita-cita untuk membuat revolusi bagi mendapatkan kuasa.
Sudah tentu revolusi adalah ciptaan pendita-pendita Yahudi yang bermodalkan gerakan revolusi perancis yang anti agama bersama-sama dengan penafsiran pengarang-pengarang Encyclopedia oleh golongan Yahudi elit dari Universiti Harvard dan M.I.T. Islam tidak akan berjaya dengan idea-idea luar seperti konsep revolusi, sosialisme, begitu juga dengan idea perbankan tanpa riba dengan wang kertasnya yang kosong nilainya dari penggunaan emas dan perak yang ada di dalam tangan.Reply · · November 29 at 6:35am - Amir Hasyim Kamaruddin · Top Commenter · Kuli jah atShimizu CorporationSambungan...
Bukanlah satu perkara yang berlaku secara tiba-tiba kesan dari 100 tahun penulisan semula Islam sehingga membawa kepada perjuangan cara militan dengan bermodelkan gerakan rahsia Freemanson untuk menjalankan serangan hendap dan ini bukanlah kali pertama dalam sejarah Islam!. Tragedi besar dari strategi ini, dengan pembunuhan ramai pemuda-pemuda Islam tanpa sebarang kejayaan yang dijanjikan oleh Allah s.w.t bagi mereka-mereka yang benar-benar berjihad dijalannya, dengan mereka menafikan peranan cara ulama yang dimiliki perjuangan cara salaf yang asal, mereka mengambil sistem politik cara barat yang diasaskan atas politik individu.
Dengan tidak memahami siapa yang sebenarnya berkuasa, juga di mana kuasa sebenar terletak, masyarakat sekarang yang dikuasai oleh sistem Bank dan Korporat-korporat dengan sistem saham mereka telah menunjukkan batapa jahilnya kita sehingga yang menjadi matlamat ialah untuk membunuh Presiden ataupun Perdana Menteri. Kita sudahpun meninggalkan model gerakan yang ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W. fungsi ahli-ahli politik kuffar ialah mengenengahkan personality politik ( menyaingi politik peribadi) telah menjadi bahan tontonan sedangkan ‘pencuri-pencuri’ harta dan bahan mentah merompak dibelakang.
Sejarah telah membuktikan betapa pembunuhan seorang Presiden Amerika Syarikat tidak akan meniggalkan sebarang kesan keatas pasaran dan nilai matawang dolar. Apabila politik dijadikan perangkap untuk mengenali aktivis-aktivis masa hadapan, sementara itu pula institusi-institusi kenegaraan telah diiktiraf sebagai satu benda yang suci yang tidak pernh lansung dipertikaikan ( sistem birokrasi, parlimen, pecahan kuasa logislatif, eksekutif, kehakiman dan perlembagaan).
Kedaulatan negara hanyalah suatu kuasa politik yang digunakan untuk mengawal orang ramai. Bendera-bendera negara adalah untuk kegunaan diarena-arena sukan dan perarakan awam. Pada realitinya semua ini hanyalah propaganda dan semangat retorik kebangsaan semata-mata.
Apabila kuasa-kuasa baik memasukkan saluran mereka ke dalam politik, ia bukan lagi menjadi sebuah badan berasingan tapi sebuah gergasi yang tidak mempunyai sempadan undang-undang lagi, tetapi apa yang berlaku ahli-ahli politik yang gagal diminta membuat pembayaran dan penjadualan semula hutang mereka. Sebenarnya kerajaan hanyalah sebuah demokrasi yang baik hati kepada kuasa dominan bank dan diktator-diktator ke atas rakyat miskin yang terus menggadaikan bahan-bahan mentah untuk ditukarkan dengan perhambaan hutang kepada Bank-bank. Ini sangat penting bagi para Mujahidin mengenal siapa musuh mereka dan jangan membuat kesilapan bahawa perang ini bukanlah dengan sebuah negara dan ketuanya yang boleh ditunjuk.
Walaupun dalam usaha ini, mereka menonjolkan ketua-ketua dan negara-negara untuk mengalihkan pandangan dan memerangkap tentera-tentera Islam. Jihad mestilah dilaksanakan di mana sahaja musuh berada. Ini bukanlah ditujukan kepada personaliti, tetapi terhadap suatu method (sistem) dengan Deen mereka beserta tokong-tokong mereka (bank-bank), dengan ayat-ayat suci palsu mereka. (data-data bank) dengan ‘magic’ silapmata mereka, berbillion-billion memerangkap negara-negara miskin sebagai korban bagi segolongan elit yang kecil yang mempunyai kuasa tanpa had.
Elit yang kecil ini, sebahagian besar dari mereka adalah Yahudi, dan yang lain adalah kuncu-kuncu kristian mereka yang tidak ada undang-undang. Kepada merekalah jihad-jihad kita dituju dan menghancurkan sistem mereka yang keparat itu.
Bagi para aktivis, masalah pertama yang sangat susah ini mestilah diambil kesimpulan. Kita mesti ingat kuasa media dan surat khabar yang diarah untuk mengaburi aktivis-aktivis kapada dua boleh pihak, kiri atau kanan, pemerintah atau radikal, juga sebagai pembebas hak-hak buruh, wanita dan sebagainya. Ini semua sabagai alat untuk menyalurkan aktivis-aktivis kedalam saluran-saluran yang tidak akan meninggalkan sebarang kesan kepada mereka sedangkan nyawa aktivis-aktivis sudah dituju oleh mereka.
Untuk berfikir dengan cara berpolitik adalah satu cara yang tidak ada hubung kait dengan mekanisme kuasa dalam masyarakat moden hari ini. Dan untuk berfikir dengan cara ‘berekonomi’ membawa kepada pemisahan antara politik dan ekonomi. Ditambahkan lagi dengan kuasa media, jadi dengan menumpukan pada satu cabang sahaja menjadikan seperti bermain dam sedangkan musuh kita bermain dengan chess. Kita hanyalah boleh bergerak dalam had-had tertentu sedangkan musuh-musuh kita mempunyai berbagai alat dan jalan pergerakan yang tidak kita faham, kerana tidak mengetahui cara permainan mereka.
Negara yang berdaulat dan berkuasa ini tidak ada lagi konsepnya pada hari ini. Ini adalah zaman di mana struktur rangkaian antarabangsa dengan elemen-elemen korporat bergerak di atas melebihi, ‘undang-undang’ mana-mana negara, meliputi saluran kerajaan-kerajaan, rejim-rejim, konglomerat, multinasional, dan bank-bank. Pergerakan yang dikuasai mereka bergantung kepada penilaian nilai-nilai di pasaran dan pergerakan pasaran tersebut.
Nilai wang kertas, nilai bahan mentah, pasaran akan datang. Bursa saham, semua adalah permainan di dalam tangan sistem perbankan sedunia. Sistem ini meenguasai produktiviti korporat dan mentukan bahan apa yang harus dikeluarkan. Bahan pengeluaran mereka yang paling menguntungkan ialah senjata yang berteknologi tinggi.
Dengan pasaran senjata-senjata merbahaya memberikan pulangan keuntungan yang cepat. Sistem ini tidak ada penilaian kemanusiaan, ia perlu kepada peperangan sentiasa di mana sahaja, dengan ketakutan berlaku perang nuklear dengan mereka menguasai kedua-duanya pasaran dan aktiviti politik masa pendek.
Sistem bank berbentuk piramid dengan struktur yang bersatu. Piramid berkesan dengan sumbangan orang awam dalam akuan mereka yang berada di atas piramid.
Idea yang mengatakan dengan adanya perbankan tanpa faedah mestilah diketepikan kerana sudah tersilap. Sebenarnya kamu menguatkan lagi musuh dengan memberi mereka wang. Pengeluaran wang oleh imigran miskin. Turki di German boleh dengan segera membawa keruntuhan kepada bank-bank Berlin. Tetapi mereka juga dikaburi pemikiran mereka dengan ‘Perbankan Islam’ oleh tokoh-tokoh pertubuhan Islam modenis yang cuba membawa Islam ke dalam sistem bank. Suatu yang hanya boleh dibuat dengan mengorbankan dalil yang terang dari Al-Quran.
Tidak ada kedudukan yang ‘bersih’ dalam sistem perbankan. Sekiranya kamu menggunakan wang kertas kamu adalah sebahagian daripada tiang-tiang yang mengukuhkan sistem tersebut. Hanya dengan menghancurkan super strukturnya sahajalah baru dapat kita berdepan dengan secara terbuka dengan syaitan-syaitan sistem kewangan dan metod riba.Reply · · November 29 at 6:37am - Amir Hasyim Kamaruddin · Top Commenter · Kuli jah atShimizu CorporationSambungan...
Pada hari ini kerana ketamakkan kuasa dengan kekayaan ‘petroldollar’ yang diberikan kepada pemimpin-pemimpin Arab, wang kertas kosong diberikan yang akhirnya terpaksa ditukarkan dengan pembelian senjata yang begitu banyak untuk mempertahankan bahan mentah mereka?. Siapa sebenarnya yang mereka pertahankan dari perompak?. Atau siapa perompak yang sebenarnya? Semuanya hanya satu khalayan bagi mereka, sebagai orang kaya dan berkuasa.
Begitu juga dengan ‘pembangunan’ palsu, apa yang dapat. Kita lihat kemiskinan, penyeksaan dan perhambaan kepada kuffar di atas janji-janji pembangunan dengan jumlah wang kertas berbillion-billion yang mengaburi mata pemimpin dan pemuda-pemuda dengan sistem pendidikan Universiti mereka.
Pemuda-pemuda Islam diajar membuat baik dengan Yahudi dan Kristian, dia diajar supaya jangan jadi fanatik, jangan berkhayal dengan cita-cita negara Islam yang teorakratik. Ini semua bahasa mereka untuk menguji kita, bertujuan untuk melemahkan kita dan memalingkan kita dari ,melakukan sesuatu.
Lihat pada perbuatan mereka, apa yang telah mereka lakukan kepada kemanusiaan. Mereka telah menghina kaum wanita dan menurunkan martabat mereka di atas nama kebebasan (women ‘a lib). Lihat bagaimana mereka memusnahkan institusi perkahwinan anak-anak tidak mendapat kasih sayang, keadaan fitrah yang asal lelaki dan perempuan menjadi kacau (Aids, homoseks, lesbian). Setiap aspek kehidupan manusia diperniagaan semata-mata untuk kebendaan sehingga sifat kemanusiaan sudah tidak ada lagi, oang orang tua tidak dipedulikan, semuanya ini adalah hasil atas nama ‘kemajuan’ dan ‘pembangunan’ mereka. Kerja kuffar adalah penjara, pembunuhan beramai-ramai, penyiksaan dan ketakuatan kepada orang lain. Hanya mereka yang berjuang dijalan Allah atas petunjuk sunnah Ar-Rasul s.a.w sahaja yang dapat menewaskan mereka.
Satu perkara yang perlu kita ketahui ialah apabila orang-orang kuffar menerima mereka kerana bukan sahaja menerima keadaan yang ada dengan ‘all right’ (tidak ada hubungan) bahkan sangat menyanjung tamadun barat yang menjadi deen cara hidup musuh. Dengan berolahraga Olympic dengan budaya musyrikin penyembah api adalah suatu yang tidak boleh diterima sama sekali, begitu juga dengan kelab-kelab bolasepak dan anjuran yang tinggi negara-negara Arab terhadap upacara tersebut telah menunjukkan betapa mereka sudah menerima cara hidup Ad deen dari musuh mereka sendiri.
Jihad harus dilaksanakan, perang ke atas kuffar darul Harb, perbatasan perang adalah bank-bank kafir dan sistem kewangan bersama-sama sistem-sistem sokongan yang berada di bawahnya. Kita telah menunjukkan betapa jihad yang berterusan telah diisytiharkan oleh Allah dan Rasulnya ke atas riba. Kita juga telah menunjukkan betapa kuasa politik dalam negara tidak lagi ada kuasa yang mutlak tetapi yang sebenarnya kuasa pada hari ini bergerak di luar penguasaan-penguasaan negara, bertindih dengan sistem-sistem dan metod-metod yang terkunci berangkaian antara saham bahan mentah, wang kertas dan mekanisme pasaran korporat dan pusat tipu daya mereka ialah bursa saham dan pasaran-pasaran sampingan di tempat-tempat yang terpilih dan terkenal di dunia.
Oleh kerana ‘timur dan barat’ pada hari ini mengikut sistem ini, maka tuan punya sistem ini adalah tuan-tuan kepada dunia hari ini. Mereka bukanlah suatau bentuk pengenalan yang boleh dikenali dengan ‘otak politik’ yang telah diajari sehingga intelek-intelek yang canggih pun gagal untuk melihat mekanisme operasi mereka. Orang ramai melihat pada ketua-ketua politik negara-negara pengeluar minyak tetapi tidak sedar tentang presiden Mega – korporat di mana isu sebenar di sana adalah harta kekayaan minyak, di mana merekalah yang meletakkan ketua-ketua politik pada tempatnya pada permulaan (siapa yang meletakkan Shah Iran berkuasa dan siapa pula yang membuat keputusan mengeluarkan).
Kita tidak menafikan bahawa kuasa politik dalam kerajaan negara ada kuasa yang terhad, tetapi kita mesti ingat mereka adalah hamba-hamba yang sangat taat kepada kuasa sebenar yang tidak disedari yang diwakili oleh elit-elit bank, senjata dan bahan mentah yang tidak tersembunyi.
Apa yang perlu kita faham ialah sistem hutang, pinjaman trillion dollar dan pengumpulan hutang melalui bunga adalah bukti kepada realiti ke atas kuasa moden sekarang.
Adalah teori yang sangat mustahil untuk menumbangkan kerajaan moden ( statism ) pada hari ini dengan revolusi kerana ini adalah jalan penipuan yang dilakukan orang-orang Yahudi untuk menumbangkan kerajaan pra-struktur kristian.
Sistem kewangan berpiramid berganda merata di seluruh dunia, sedikit pun tidak bergoncang kekuatan mereka. Apa yang sebenarnya berlaku, setiap kekacauan yang berlaku, jauh dari melemahkan mereka, tambah menguatkan mereka lagi. Hanya serangan dalaman ke atas keseluruhan bentuk luaran sebagaimana yang kita lihat akan memecahkan piramid tersebut.
Imam Malik r.a. pernah berkata " Apa yang menjadi pembaikan (Islah) kepada generasi pertama , akan menjadi pembaikan kepada generasi terakhir ".
Tugas individu muslim ialah kembali kepada pekara dasar. Menghidupkan syariat berdasarkan model salaf al Madinah yng pertama. Yakni Khalifah, dengan setiap amir memerintah dengan syariah, awqaf (waqaf) - sistem kebajikan sosial dalam masyarakat Islam, zakat (diambil) oleh amil, menyegerakan pengagihannya kepada fakir miskin dan asnaf yang berhak. Dinar emas dan dirham perak, muamalat halal dari suq (pasar) yang tidak ada sewaan. Cukai terhad dari kharaj dan jizya keatas ahlul zhimmah ketika mana Allah memberi kita kekuasan untuk memerintah dan meluaskan tanah pemerintahan dibawah Islam. Para sahabat r.anhum bermodelkan Rasulullah s.a.w dari pekara kecil hinggalah pekara besar.
Imam Malik berkata " Ilmu adalah nur - cahaya yang Allah s.w.t letakkan mengikut kehendaknya, bukan kerana banyaknya riwayat ".
Menuntut ilmu bukan sekadar mendapat pengetahun, tetapi sebenarnya lebih dari itu. Rasullullah s.a.w telah merubah masyarakat di sebuah bandar, dan dari sana merubah seluruh Arab dan dunia. Mukjizat ini berterusan hingga sekarang. Generasi awal Madinah adalah kumpulan teras, ditarbiyah, mendapat ilmu dan membina tamaddun dengan bimbingan Rasullullah s.a.w . Generasi selepas itu belajar dari para sahabat, pengaliran ilmu tertumpu dan sangat jelas dari Madinah Al Munawwarah. Para sahabat meriwayatkan kepada tabiin dan seterusnya tabiin kepada tabiin at tabiin. Amalan salaf tiga generasi pertama ini merujuk kepada amal masyarakat Madinah. Semua generasi ini memperkayakan lagi rekod amalan ini dengan isu isu baru yang timbul , dengan mengikut ilmu yangsangat jelas dari Al Quran dan Sunnah.
Yang paling penting untuk zaman sekarang, rekod amalan masyarakat Madinah termasuk amalan berurusniaga tanpa riba, yang memberikan kekuatan dan kekayaan kepada umat Islam sebelum ini, sangat - sangat diperlukan hari ini. Amal masyrakat Madinah generasi pertama sendiri adalah bukti sunnah seperti hadis mutawatir yang diriwayatkan dari sebahagian besar sahabat kepada generasi selepas mereka.
Kelemahan umat Islam ialah kerana membenarkan ideoloji - ideoloji asing, dari Yahudi dan Nasrani menyelinap masuk, mereka telah meninggalkan siasah dan muamalat Madinah. Maka lahirlah evolusi demokrasi dan sistem kewangannya yang saling kait mengait antara satu sama lain.
Mereka diperangkap dengan istilah politik dan ekonomi moden yag direkacipta Yahudi di institusi terkenal dunia. Maka umat jadi buta tentang khalifah, Amriah, waqaf, kharaj dan jizyah dalam siasah mengurus umat. Mereka buta kepada muamalat Islam, tidak kenal, dinar dan dirham, qirad dan sebagainya."Reply · · November 29 at 6:37am
- Norazwani Radix · Politeknik Ungku Omarkena ada ilmu untuk beri penjelasan kerana mungkin pandangan anda ini digunakan~~~~wallaua'lam.
- Zainulfaqar Yaacob · Top Commenter · Journalist at Penangdaily.comOk Jilbab, macam mana nak dekatkan sistem GAMIS yang sedia ada supaya lebih hampir kepada Ijmak berbanding saranan saya seperti di atas?
- Zainulfaqar Yaacob · Top Commenter · Journalist atPenangdaily.comDalam konteks UM, pendemokrasian telahpun berlaku dalam syura dan hari ini, syuranya lebih demokratik berbanding era sebelumnya disebabkan seorang 'diktator agama' apabila setiap ahli bangkitkan budaya ilmu dalam sistem musyawarah di muktamar pertubuhan berkenaan. http://
notamerah.wordpress.com/ 2011/03/07/ islamic-group-tolak-majlis- syura-universiti-malaya-ba k-kebangkitan-rakyat-di-ti mur-tengah/