Sunday, July 31, 2011

Konspirasi Yahudi menakluk Malaysia-Akhir

July 31, 2011

Mungkin ramai yang sedang menunggu apakah rahsia Mikraj yang boleh menumbangkan teori Einstein. Sori…aku tak tau. Konspirasi ini adalah rekaan…dan aku belajar dari media Umno. When you failed..blame the Jews.Bukan orang-orang terpelajar saja yang akan terpengaruh..malah Tok-Tok Imam pun akan buat khutbah menyalahkan Yahudi.

Idea untuk menulis konspirasi ini lahir setelah membaca satu survey yang dibuat di Amerika tentang sejauh mana pelajar-pelajar Amerika memahami sejarah. Pada masa dulu, sesiapa yang hendak mempelajari sejarah, terpaksa mengeluarkan duit untuk membeli buku. Bukan senang nak dapatkan buku terutama kalau seseorang itu tinggal dikawasan pedalaman.

Kajian yang dilakukan di Amerika keatas seramai 2500 orang mendapati 71% daripada rakyat Amerika gagal dalam ujian sejarah. Lebih teruk..kegagalan ini begitu tinggi dikalangan mereka yang berumur 30 tahun kebawah..sedangkan kumpulan inilah yang mempunyai akses kepada pelbagai sumber maklumat. Boleh baca kat sini..atau sini. Tak cukup boleh google lagi.

Sekarang, semua maklumat berada dihujung jari. Cuma Google. Begitu mudah untuk mendapat maklumat…tetapi maklumat-maklumat ini juga boleh disalahgunakan atau dimanipulasi untuk membentuk pemikiran. Dan berapa ramai pula yang mempercayai apa saja yang disogokkan tanpa mengkaji apakah maklumat tersebut betul atau tidak.

Ini yang berlaku semasa Perhimpunan BERSIH 2.0.

Orang-orang pro-BN mempercayai apa saja yang ditulis dalam Utusan, TV3, ataupun blog-blog pro-BN. Manakala orang Pakatan mempercayai apa saja yang ditulis dalam blog-blog pro-Pakatan.

Banyak pembohongan berlaku semasa Bersih 2.0. Baik dari pro-Pakatan ataupun pro-BN. Malah polis juga banyak menipu. Tapi berapa ramai yang cuba berusaha dengan fikiran terbuka untuk mengetahui yang mana satu betul?

Apabila aku menyiarkan Konspirasi Yahudi 1, ia menarik minat. bila aku siarkan Konspirasi 2, ia semakin popular. Bila aku siarkan konspirasi 3, ia menjadi top hits.Bila aku siarkan konspirasi 4, baru ada orang yang sedar tentang percanggahan fakta.

Tak susah untuk menipu. Hanya perlukan 50% fakta dan 50% auta.

Cuba bandingkan berita The Star dan Mstar hari ini dibawah tajuk yang sama dan perhatikan perbezaannya. Satu bahasa Melayu..untuk orang Melayu dan satu lagi Bahasa Inggeris untuk pembaca bahasa Inggeris. Satu berita yang sama..tetapi penyampaian yang berbeza untuk dua kumpulan pembaca yang berbeza. Bagaimana pula dengan Utusan dan TV3?

Konspirasi Yahudi menakluk Malaysia hanyalah rekaan. sesiapa yang menghantar email dan sms bertanya aku…aku bagi tau terus-terang ianya adalah fiksyen. Aku mahu mencari sesuatu…bagaimanakah orang Melayu berfikir?

Dalam posting yang aku buat, aku sertakan pautan. dan sesiapa yang meneliti pautan tersebut akan mendapati bahawa apa yang aku tulis hanyalah separuh betul. Kemudian aku bubuh tajuk sensasi dan ini hasilnya.

Dibelakang laman yang hangpa baca ini adalah dashboard yang menyediakan statistik berapa jumlah pelawat, berapa ramai yang baca setiap posting.

Kalau aku tulis cerita betul…tak berapa popular. tapi kalau ditambah dengan sensasi, walaupun ianya separuh betul, ia akan menjadi hits.Dan dibawah pula ialah posting yang mereka baca.

Lebih 80% daripada pelayar yang melawat Malaysiatimes membaca posting yang berkaitan konspirasi Yahudi. Tetapi berapa ramai yang mahu menilai tulisan aku itu sama ada betul atau tidak? Tak susah…cumaklik pada link yang aku bagi…dan hangpa boleh tau sama ada ianya betul atau tidak. Tetapi jumlah yang mahu menilai ini cukup sikit. Tengok berapa ramai yang membuat klik pada link dan bandingkan dengan jumlah pelawat.

Hanya 8% yang membuat klik pada pautan yang diberikan!! Adakah ini bermakna lebih 90% yang lainnya hanya membaca dan kemudian terus membuat keputusan? Ada yang mempertikaikan tentang orang Tabligh…ada yang mengeluarkan pelbagai teori..macam-macam.

Hanya dua komen yang positif. Satu dari Chor…

Persoalan utama posting ini: adakah pemikiran kita selama ini dibina atas kajian sendiri atau dibentuk oleh manusia lain dan diterima bulat2.

Dan satu lagi dari kgpadangbalang..

bang mat, kenapa ambik wiki tu separuh-separuh?

bendera asal tu ada 11 jalur je dan bukan terus 14.

para 4 di bawah tajuk Sejarah:

Rekabentuk pertama ialah lambang keris bersilang di tengah-tengah dengan dikelilingi oleh 11 bintang pecah lima. Rekabentuk kedua hampir serupa dengan rekabentuk pertama tetapi 11 bintang pecah lima itu disusun dalam dua bulatan mengelilingi keris bersilang itu. Rekabentuk ketiga ialah 11 jalur biru dan putih dengan bulan dan bintang berwarna kuning di bahagian tepi kiri.

See…kesilapan aku ialah menyiarkan artikel tentang Bendera Malaysia dan disitu aku terperangkap. Tapi kalau aku teruskan dengan Konspirasi Yahudi...aku percaya aku boleh memperdayakan lebih ramai lagi pembaca.

Minggu lepas dan minggu sebelumnya, semasa aku diminta untuk menyampaikan taklimat tentang pilihanraya, ada orang tanya aku.

Adakah video seks Anwar itu betul?

Bagi penyokong Anwar sudah tentu mengatakan video ini palsu. Bagi penyokong BN..sudah pasti mengatakan benar. Tapi ini bukan kumpulan sasaran Umno untuk menang pilihanraya. Penyokong Anwar akan tetap menyokong Anwar walau apapun yang Umno sogok. Penyokong Umno akan tetap menyokong Umno walaupun direndam dalam Clorox. Sasarannya ialah pengundi atas pagar. Dan kalau Umno berjaya mencipta persepsi…itu sudah cukup. Kebenaran adalah persepsi. Berapa ramai pengundi diluar bandar yang ada akses internet? Tapi mereka ini semestinya membaca Utusan dan menonton TV3.

Satu soalan lagi…Benarkah peserta BERSIH melakukan keganasan? .

Kumpulan sasaran Umno ialah pengundi luarbandar yang tak ada akses internet dan hanya mendapat maklumat melalui Utusan dan TV3, dan kalau melihat tentang laporan yang dibuat…memang betul BERSIH melakukan keganasan. Apa yang perlu dilakukan oleh media Umno termasuk polis ialah menyiarkan berita 50% fakta dan 50% auta. . hanya 8% yang akan berfikir dan berusaha mencari kebenaran, manakala 92% lagi akan menerima bulat-bulat.

Now you know, pasai apa orang Melayu cukup senang ditipu?

Satu masa dulu, ramai orang Melayu tertipu dengan Skim Cepat Kaya. tak susah untuk menipu Melayu…letakan seseorang yang berpengaruh sebagai Ahli Lembaga Pengarah…cukup untuk meyakinkan orang Melayu bahawa Skim itu akan memberikan pulangan yang lumayan.

Bila terperangkap…taktik tersebut diubah. Kali ini dengan menyediakan produk-produk yang di iktiraf oleh artis-artis. Banyak produk mengambil artis sebagai duta produk.

Kemudian berlaku revolusi Tongkat Ali. Apa saja yang berkaitan dengan Tongkat Ali, Melayu akan terima.

Lepas tu berlaku satu lagi perubahan untuk menguasai orang Melayu. Bila artis dah tak laku, depa bubuh tokoh-tokoh ugama.Apa saja produk perlu diendorsekan oleh tokoh ugama. Dari kismis sampai Shaklee.

Bila tokoh ugama pun tak laku…sekarang depa jual ugama. Sampaikan ada pakej tahlil untuk mendoakan orang yang dah mati dengan bayaran tertentu sempena bulan Ramadan ini.

Media can be used and abused. Religion can be used and abused. Unfortunately…people can also be used and abused.

Sekarang ini, parti-parti politik sedang menyediakan beratus ribu risalah dan manifesto. Bila tiba pilihanraya, maka akan berlakulah lambakan maklumat. Bagaimana hangpa nak buat keputusan?

Tak perlu salahkan Yahudi. Yahudi sudah ada dikalangan orang-orang Melayu sendiri.

Saturday, July 30, 2011

KONSPIRASI YAHUDI


(GOYEM)

Oleh:
Ustaz Abu Farouq Rasul Bin Dahri

MP3 Lecture:

1 – Edisi Penuh – Cerita Tarekat + Konspirasi Yahudi
2 – Keratan 2 – Konspirasi Yahudi

Sejak tahun 1798M telah ditulis ratusan buku-buku yang membongkar pakatan sulit (konspirasi Yahudi). Sebuah tulisan yang dihasilkan oleh Seorang Profesor falsafah tabii dan setiausaha Persatuan Di Raja Edinburgh (Royal Society of Edinburgh) iaitu John Robison A.M telah mendedahkan satu pergerakan sulit bernama Illuminati (Illuminati ialah nama bagi satu mazhab Yahudi. Dalam bahasa Arab di sebut “An-Nuraniyin atau Pemegang Cahaya”. Illuminati bermaksud sebuah pemerintahan Iblis (Lucifer) sebagai pemerintah tunggal dunia) yang ditubuhkan di Jerman pada 1hb May 1776M. Gerakan ini merupakan pertubuhan Mistik Occult yang giat memperalatkan apa sahaja cara untuk menghancurkan semua kerajaan dan agama untuk melahirkan “Satu Kerajaan Dunia”. (Lihat: Robison, John. “Proof of a Conspiracy”. Los Angeles. USA. Hlm. 57)

Organisasi ini ditubuhkan oleh seorang anggota Freemasonry Adam Weishaupt (Adam Weishaupt yang meninggalkan agama Kristian kemudian menganut fahaman Atheisme. Beliau adalah seorang professor theology di University Angold Stadt, Jerman dan meninggal dunia pada 1830M) pada 1hb May 1776 yang diabadikan di bawah logo Illuminati di setiap wang satu dollar Amerika Syarikat dengan tulisan Latin MD CCLXXVI yang maksudnya 1776. (Lihat: Carr. W.G Pawns In The Game) Dan mata wang Amerika mula diguna pada tarikh ini (1hb May 1776) iaitu bersempena tarikh ditubuhkan Illuminati.

Tarikh MD CCLXXVI atau 1776 telah dijadikan (diisytiharkan) sebagai hari buruh diseluruh dunia yang tidak ada kaitannya dengan tarikh deklarasi kemerdekaan Amerika Syarikat yang termaktub pada 4hb July 1776.

Bentuk piramid yang menjadi logo Iluminati tertulis di atasnya perkataan sulit iaitu ANNUIT COEPTIS bermaksud “Perjuangan Kita Yang Berjaya”. Di bawahnya pula tertulis “Novus Ordo Seclorum” bermaksud Orde Baru Sosial”.

Logo pertubuhan Illuminati terdapat di mohor Amerika Syarikat. Pada mohor Amerika Syarikat juga terdapat berbagai-bagai tanda-tanda sihir (occult). Contohnya: Nombor mistik 13 terdapat pada 13 bintang-bintang Nabi Daud, 13 daun-daun, 13 anak panah berserta perkataan Annuit Coeptis dan E Pluribus Unum dan 13 abjad. Batu-batu piramid disusun dalam 13 barisan. Piramid menunjukkan sebagai tanda merujuk kepada “Great Pyramid” di Gizeh, Mesir iaitu sumber segala ilmu sihir di zaman purba atau Segitiga Bermuda tempat tinggalnya Dajjal dan pusat pemerintahan Iblis (Illuminati). Simbol mata di atas piramid bermaksud mata tuhan Yahudi “Lucifer” iaitu Iblis atau Dajjal yang melihat dan mengawal segala-galanya.

Angka 13 digunakan kerana anggota (ahli) Majlis Tertinggi bagi pertubuhan Illuminati berjumlah 13. Dan antara tugas utama mereka ialah memusnahkan agama yang dibawa oleh Nabi Isa ‘alaihissalam dan 12 sahabatnya. No. 13 juga menunjukkan 13 suku (kabilah) Israil yang menyebabkan angka 13 menjadi angka rasmi dan penting. Dan wang Amerika pula telah dicipta oleh seorang anggota Freemasonry dari pergerakan Illuminati bernama Pat Robertson. (Lihat: Halak Wa Dinar Amerika Muntazar. Hlm. 37–38)

-Dollar Amerika-

-Symbol “Great Pyramid”-
-

-E.Pluribus Onum-

YAHUDI PENCETUS REVOLUSI SEDUNIA

Suatu dokumen yang didedahkan oleh professor Nylos di Rusia pada tahun 1905M merupakan rancangan jangka panjang Illuminati sebagaimana yang dijelaskan oleh Mayer Rothschild kepada rakan-rakannya di Frankfurt pada tahun 1773. (Lihat: Halak Wa Dinar Amerika Muntazar. Hlm. 3–38) Rancangan yang telah diprogramkan ialah membiayai dan menguasai Gerakan Revolusi sedunia oleh pemodal elit antarabangsa yang berpengaruh yang tidak pernah taat kepada sebarang negara, sebaliknya menggugat semua negara. Satu carta “World Supra Government atau Kerajaan Tertinggi Sedunia” menunjukkan organisasi-organisasi lain yang dikuasai oleh kapitalis antarabangsa bekerjasama dengan CFR (Council Foreign Relations) yang terdiri dari kumpulan organisasi Anglo-Amerika yang merancang untuk mendirikan satu Kerajaan sedunia. (Lihat: None Dare Call It Conspiracy. Hlm. 88. Gary Allen)

Bank of England yang ditubuhkan pada 1694 atas desakan para pemodal bank antarabangsa agar Raja England meminjam wang darinya. Dimiliki oleh badan swasta dan diberi kebenaran mencetak wang bagi pihak kerajaan Britain sehingga menerima faedah atas semua wang yang dicipta daripada tangan yang kosong. (Lihat: The Enemy Within the Empire. Hlm. 3. Eric Butler) Walaupun Bank of England dimilik-negarakan pada tahun 1945, namun ia adalah penipuan, helah dan strategi untuk memperkuat kedudukan keluarga Rothschild agar dapat mencengkam ekonomi Britain kerana terpaksa menggunakan hanya mata wang yang dikeluarkan oleh Rothschild (Perkataan “Rothschild” dari perkataan Jerman bermaksud “Baju Besi” yang dimunculkan pada kurun ke 18M. Iaitu gelaran untuk sebuah keluarga Yahudi yang mendapat perlindungan khusus dari kerajaan Jerman) melalui Bank of England.

Walaupun pelbagai usaha telah dibuat untuk mengekang kuasa Bank Simpanan Bersekutu (FRB), namun pada hakikatnya FRB telah menguasai kerajaan dan mengawal semua urusan di dalam kongres dan mengawal semua perhubungan antarabangsa. Ini boleh memusnahkan kerajaan mengikut kehendak (kuasa) FRB. (Lihat: The Most Secret Science. Hlm. 54. E. Robert Archibald)

Pada hakikatnya yang berkuasa (Jawatankuasa yang menguasai perbendaharaan kerajaan Britain) di England adalah golongan pemodal elit Yahudi antarabangsa. Mereka berada di Bandar London menguasai pentadbiran yang dikuasai antara dua belas sehingga empat belas pentadbir. (Lihat: Descent Into Slavery. Hlm 41. Des Griffin. Oregon USA, Emissary Publication. 1980. Edisi 1988)

Dengan kecekapan tipu helah, pemodal-pemodal Bank Yahudi Antarabangsa berjaya menubuhkan The Federal Reserve Bank of Amerika atau Bank Simpanan Persekutuan Amerika pada 23 Disember 1913. Melalui bank ini mereka berjaya menguasai ekonomi Amerika Syarikat. (Lihat: Descent Into Slavery. Hlm 41. Des Griffin. Oregon USA, Emissary Publication. 1980. Edisi 1988) Wang satu dollar Amerika Syarikat yang dipenuhi logo lambang gerakan Yahudi menunjukkan bahawa Amerika Syarikat dikuasai oleh Yahudi. Dengan kejayaan Yahudi ini, mereka menguasai ekonomi dan politik di dalam dan di luar Amerika sehingga memberi kesan buruk kepada politik antarabangsa.

Pada tahun 1773M mereka telah menubuhkan “Grand Orient Freemasonary” di Eropah yang bermatlamat untuk menggunakan pergerakan Revolusi Sedunia untuk menganjurkan rancangan sulit mereka berasaskan ideology Talmud (Zionisme) untuk merealisasikan perjanjian Tuhan Yehova yang termuat di dalam Kitab Talmud agar Yahudi menguasai dunia dengan cara memusnahkan bangsa-bangsa lain (Goyem) untuk kemudahan dan keselesaan Yahudi “Umat yang terpilih”.

MENGUASAI EKONOMI BRITAIN MELALUI PENIPUAN

Keluarga Rothschild bangsa (keturunan) Yahudi menguasai ekonomi Britain melalui (Bursa Saham London), iaitu dengan membuat penyusunan strategi Stock Exchange London pada tahun 1815M setelah berlakunya peperangan besar antara Wellington (tentera Inggeris) dengan Napoleon (Perancis). Semasa kemuncak peperangan Nathan Mayer Rothschild menjual semua saham (consul) untuk memberi gambaran bahawa tentera Wellington akan menerima kekalahan yang mengakibatkan harga consul akan jatuh dengan teruk ke paras 5 sen setiap dollar. Nathan secara diam-diam membeli semula semua consul yang ada dengan harga yang paling rendah, kerana melalui perisiknya yang terbaik dia telah tahu bahawa tentera Wellington sebenarnya akan memenangi peperangan. (Lihat: Descent Into Slavery. Hlm 41. Des Griffin. Oregon USA, Emissary Publication. 1980. Edisi 1988)

Setelah berita kemenangan tentera Wellington sampai ke Bursa Saham London, harga saham (consul) melambung naik dan Nathan mendapat keuntungan yang berlipat ganda. Melalui kekuatan ekonominya di England, maka keluarga Rothshild mencengkam dan memperkuatkan pengaruh ekonominya di seluruh Eropah sehingga ke waktu-waktu berikutnya. (Lihat: Descent Into Slavery. Hlm 32-44. Des Griffin. Oregon USA, Emissary Publication. 1980. Edisi 1988)

Apabila dikaji lebih mendalam mengenai persoalan Yahudi antarabangsa, pengkaji akan menemui kenyataan bahawa yang memainkan peranan dan kepentingn besar di Eropah adalah pemodal bank Yahudi antarabangsa, iaitu secara rahsia mereka memberi keputusan terhadap semua kerajaan-kerajaan. Begitu juga seluruh bumi Soviet telah ditewaskan melalui inisiatif pemodal-pemodal bank Yahudi Amerika dan di Eropah yang masih wujud hingga pada masa sekarang. (Lihat: Israel Our Duty Our Dilemma. Hlm. 155. Theodere Winston Pike) Di Amerika Syarikat pula yang paling berkuasa ialah Council Foreign Relations yang ringkasnya CFR atau Majlis Perhubungan Luar Negeri). Ia merupakan badan yang diurus dan dikuasai oleh para pemodal elit Yahudi antarabangsa.

YAHUDI MENGUASAI EKONOMI AMERIKA & DUNIA

Pada tahun 1988 para pemodal elit (Yahudi) antarabangsa (seperti Rothschild Bank of London, Berlin, Lazard Brothers Bank of Hamburg, Amsterdam, Lehman Brothers Bank of New York dan pemilik Goldman Sachs Bank of New York) telah berjaya menguasai ekonomi Amerika Syarikat melalui dua belas Bank Simpanan Persekutuan (Federal Reserve Banks). (Lihat: The Most Secret Science. Hlm. 54-56. Archibald E. Roberts. Edisi 1988) Kongres Amerika Syarikat telah meluluskan Akta Simpanan Persekutuan (Federal Reserve Act) pada 23 Disember 1913 yang memberi kuasa kepada 12 Bank Persekutuan untuk mencetak wang dollar Amerika Syarikat. Akta ini adalah suatu penipuan besar yang bertentangan dengan Perlembagaan Amerika Syarikat, kerana kebenaran mencetak wang hanya diberikan kepada Agensi Kerajaan sahaja. (Lihat: The Most Secret Science. Hlm. 54-56. Archibald E. Roberts. Edisi 1988) Anehnya, tidak ada jaminan sebarang harta atau apa-apa pun yang dilabur oleh para pemilik Bank Persekutuan sebagai modal untuk mencetak wang Amerika kecuali tinta (dakwat) dan kertas sahaja. (Lihat: The Most Secret Science. Hlm. 54-56. Archibald E. Roberts. Edisi 1988)

Adapun perancang utama (master mind) yang merangkakan kegiatan Bank Simpanan Persekutuan adalah Alfred Rothschild (Yahudi) dari London. (Lihat: The Most Secret Science. Hlm. 56. Archibald E. Roberts. Edisi 1988) Pada bulan Jun 1982 faedah yang dibayar bagi hutang negara Amerika ialah sebanyak US$ 1 trillion kepada Bank Persekutuan ialah sebanyak US$ 100 billion setiap tahun. (Lihat: The Most Secret Science. Hlm. 52. Archibald E. Roberts. Edisi 1988)

Ingatlah bahawa Amschel Rothschild memberi amaran!:

Let me issue and control a nation’s money and I care not who writes it’s laws”. Bermaksud: “Izinkan saya mengeluarkan dan menguasai wang negara dan saya tidak akan peduli siapa yang menentukan undang-undang kewangan”.

Logiknya apabila Yahudi telah menguasi sistem kewangan Amerika, maka Yahudi akan menguasai seluruh Amerika Syarikat bermula dari pegawai eksekutifnya, kongres, seluruh bahagian ketenteraan, media massa, pendidikan, undang-undang dan semua kegiatan Amerika Syarikat. Oleh itu, hanya Yahudi yang boleh menentukan siapakah yang layak diangkat menjadi Presiden dan boleh dijatuhkan oleh mereka sebagaimana yang telah berlaku.

Setelah parti komunis Bolshevik mengambil alih dan kuasa di Soviet Rusia pada tahun 1918M ternyata 90% pegawai-pegawai pemerintah di Rusia dikuasai oleh Yahudi dari New York, Jerman, England dan negara-negara Eropah. Kerana 447 orang ialah Yahudi, 30 Rusia, 34 Letts, 22 Armenian, 12 Jerman dan 8 bangsa-bangsa lain. (Lihat: The Secret Power Behind Revolution: Free Masonery And Judaisme: Vinconte Leon de Poncis. Hlm. 199) Kenyataan ini terjadi sama seperti yang telah dirancangkan oleh pemodal Elit Zionist antarabangsa dari Amerika, Jerman dan England.

Sebenarnya orang-orang yang menjadi tulang belakang gerakan Komunis Rusia bukanlah para buruh yang tertindas, tetapi adalah pergerakan para elit antarabangsa yang ingin menindas dan menghambakan suatu bangsa dan Kerajaan Beraja Kristian yang terbesar di Asia. (Lihat: The Secret Power Behind Revolution: Free Masonery And Judaisme: Vinconte Leon de Poncis. Hlm. 199) Semua bentuk media massa utama antarabangasa di Barat dimiliki oleh kumpulan sulit ini. Semuanya yang berkaitan dengan pergerakan Komunis dan Sosialis dirahsiakan dan ditutup dari pengetahuan orang ramai.

Lampiran:


1 - Melihat Struktur Dollar Amerika

Struktur piramid bermata satu pada puncak piramid “Great Pyramid” (Annuit Coeptis), pada sebelah kiri, dan juga dapat diperhatikan gambar helang (owl) yang dikaitkan dengan angka 13.

Link 1 -
http://www.youtube.com/watch?v=J0Sn40eGvW4&feature=related

Link 2 -
http://www.youtube.com/watch?v=yFqNy1iJEbg&feature=related

Link 3 -
http://www.youtube.com/watch?v=evk-wyyTQFE&feature=related

2 – Lucifer & Baphomet

Link 1 -
http://www.youtube.com/watch?v=GegaMEg-CA0

Link 2 - http://www.youtube.com/watch?v=476iyM2NKm4&feature=related

Friday, July 29, 2011

Konspirasi Yahudi menakluk Malaysia -1

July 27, 2011

Oleh: MSK

Pagi tadi aku pergi pekena roti canai kat kedai Pak Long di Changkat Duku. Kedai janda Bakaq makin lama makin panas sejak aku jadi konsultan politik. Pantang duduk saja, ada orang mai tumpang tui. Kalau depa bayar..tak pa jugak. Semua kita kena tanggung..leceh la.

Baru nak suap roti canai, datang dua orang ke meja aku. Pasai apa aku pun tak tau. Pi la kat meja orang lain.

Kalau tengok kepada jubah dan janggut, aku ingat orang Pas, tapi kopiah depa lain sikit. Macam kopiah Taliban.

"Assalamualaikum, Tuan." kata salah seorang daripada mereka. "Minta maaf kerana mengganggu Tuan, tapi atas kewajipan saya kepada Allah dan ugama Islam, saya harap tuan dapat meluangkan sikit masa."

Aku tak boleh nak kata apa. Ayat tu memang ayat maut. Ditelan mati mak..diluah mati bapak.

"Silakan!" aku suruh depa duduk.Tapi depa tak mau.

"Terima kasih Tuan. Saya nak jemput Tuan untuk keprogram kami di Masjid Kg. Jenalik lepas Asar nanti." katanya.

"Program apa tu?" aku tanya.

"Program diskusi tentang Konspirasi Yahudi untuk menghapuskan Islam." katanya.

Aku tersengih. "Kalau Tuhan itu maha berkuasa…hangpa nak takut apa?" aku tanya depa.

"Soalan Tuan cukup menarik." kata sorang lagi. Dua-dua terus duduk. Cilaka…kalau aku tau, lebih baik aku diam. tapi pasai mulut gatai, terpaksa la aku layan depa.

"Adakah Tuan tau..bahawa Yahudi telah memesongkan pemikiran bangsa-bangsa di dunia ini? Tahukah Saudara bahawa Yahudi telah menguasai seluruh dunia dengan konspirasi mereka yang cukup terancang sehinggakan kita telah meninggalkan ajaran Quran dan Hadith? Tahukah Saudara bahawa negara kita ini sebenarnya terhasil dari perancangan Yahudi?" dia terus menanyakan aku dengan beberapa soalan.

Aku tak berapa yakin dengan soalannya. Soalan-soalan nya macam orang BTN..nak buat propaganda untuk Umno. Nak kata orang Islam di Malaysia dah meninggalkan Islam…pun aku tak percaya. Tapi bila dia kata bahawa negara ini terhasil dari perancangan Yahudi…yang tu aku minat juga nak tau.

"Tahukah Saudara bahawa Umno itu sebenarnya adalah ejen Yahudi?" dia tanya lagi.

Pangg!!! Tersentak aku. Selama ini…Umno yang selalu tuduh orang lain ejen Yahudi…tapi Mamat ni kata Umno pulak ejen Yahudi!

"Apa bukti Saudara mengatakan Umno itu ejen Yahudi?" akau tanya dia.

"Cuba Saudara tengok gambar Lucifer yang menunjukkan 1World. Dan Najib sendiri sudah mengisytiharkan tentang penerimaan Malaysia terhadap 1world." katanya.

Bertambah minat la aku. "Ok…yang tu aku minat nak tau…tapi bila kata orang Islam dah meninggalkanIslam..yang tu aku tak berapa percaya la.." aku jawab. " Kalau orang Umno tinggalkan Islam..boleh juga aku terima..tapi kalau orang Pas pun termasuk sama…susah aku nak percaya."

"Adakah Tuan percaya bumi ini bulat?" dia tanya aku.

"Ya" aku jawab.

"Subhanallah. Tuan juga sudah terpesong. bukankah dalam Quran, Allah sudah menyebut tentang "Empat Penjuru Alam? Dan setiap penjuru itu dijaga oleh Malaikat. Bagaimana bumi ini boleh mempunyai penjuru kalau dia bulat?" dia tanya aku.

Aku tak tau nak jawab apa. Ketika orang Amerika dah sampai ke Marikh…ada juga orang yang tak percaya bumi ini bulat. Orang Islam pulak tu!!

Dia tengok muka aku menantikan jawapan. Tapi bila aku tak jawab apa-apa…dia tanya aku lagi.

"Tuan percaya tentang E=MC2? "

"Ya…dan ianya sudah diterima oleh semua orang." aku kata.

"Tuan tau siapa Albert Einstein?" dia tanya lagi.

"Ya…penerima hadiah Nobel kerana menemui beberapa undang-undang fizik." aku jawab.

"Tuan jangan lupa…bahawa Einstein adalah Yahudi!!" dia sambung. "Dan formula itu sendiri adalah konspirasi Yahudi untuk menakluk pemikiran bangsa-bangsa didunia. Formula itu tak betul dan bercanggah dengan Quran."

"Dalam Quran ada sebut tentang undang-undang fizik ka?" aku tanya dia.

"Ada!! Adakah Tuan percaya kepada Isra’ Mikraj?" dia tanya aku.

"Setakat percaya la….kalau tak percaya nanti orang kata aku kufur pulak." aku jawab. "Tapi susah nak explain…sebab bertentangan dengan undang-undang fizik."

"Astaghfirullah!! Tuan sudah jauh terpesong. Saya akan rasa menyesal kalau tidak dapat berdiskusi dengan Tuan." katanya.

Aku tak tau nak cakap apa. Nak dilayan…nanti aku pun sama gila macam depa. Tak dilayan…soalan-soalannya menarik.

"Minta maaf, Sdr." aku cakap. Saya ada program petang ni. Kalau lain kali boleh la." Saja aku bagi helah berlapik.

"Program Tuan sampai pukul berapa?" dia tanya balik.

Memang bijak. Aku tau macam mana pun, dia nak juga aku hadir. "Sebelah malam saya free la." aku jawab.

"Kalau macam tu, macam mana kalau Tuan datang selepas Isya’?"

Yang ni lagi haru. Aku tau sangat …kalau depa kata lepas Isya, paling awal sembilan setengah. Kalau panjang wirid dan ada tazkirah…mungkin pukul sepuluh.

"Ok. la." pukul sembilan setengah saya datang" aku cakap.

"Alhamdulillah….saya tunggu Tuan. Assalamualaikum!!" katanya

"Waalaikumsalam." Lega!!

Roti canai aku dah kembang. Kopi O dah sejuk. Memang potong stim depa ni. Terpaksa la aku order sekali lagi.

"Jangan layan depa tu, Mat" kata Pak Long."Orang tak betui."

"Macam mana Pak Long tau depa tu tak betui? Pak Long dah pi ka?" aku tanya kat Pak Long.

"Hang tengok cakap depa saja dah tau sama ada depa tu betui ka tak betui." kata Pak Long.

"Pak Long dah bersembang dengan depa?" aku tanya lagi.

"Tak mau aku aaaiihh!! Sat lagi aku pun gila. " kata Pak Long.

"Tapi dia kata..kita semua dah terpesong. Pak Long kata depa dah sesat..sapa yang betui?" aku tanya Pak Long lagi.

"Hang tanya kat semua yang ada kat sini…sapa betui?" Pak Long suruh aku tanya kat semua orang yang tengah makan. Belum sempat aku tanya…depa semua kata…"hang jangan dok percaya cakap dia tu. Membohong!! last-last dia minta derma."

"Aku selalu pi ceramah Pas.Last-last depa minta derma juga…tapi aku tak kata depa bohong. Apakah dengan meminta derma itu kita boleh kata depa bohong?" aku tanya balik kat depa.

"Kalau hang nak sama-sama gila..hang pi la ikut depa." kata Pak Long.

Lama aku menung sorang-sorang. Habih dua batang rokok DJ.

Disatu pihak…ada orang yang berfikiran luarbiasa…yang menganggap orang lain sudah terpesong. Disatu pihak lagi..adalah orang-orang yang terus menolak apa saja yang bertentangan dengan pemikiran depa.

Kalau aku terus menolak idea dua orang Tabligh tadi…aku tidak akan dapat tau apa yang ada dalam pemikiran depa. Dan kalau aku ikut…orang lain pulak yang akan mengatakan aku gila.

Aku nak ikut sapa?

Konspirasi Yahudi menakluk Malaysia 2

July 28, 2011

Malam tadi aku sembahyang Isya’ di Masjid Kg. Jenalik. Last sekali aku sembahyang kat sini, masa PRU 2008 dulu. Biasa la…masa musim pilihanraya, kalau boleh nak sembahyang disetiap masjid. Masa tu la Calon cukup alim. Lepas pilihanraya…tak pi dah!!

Sebaik habis solat Isya’..Ada sorang bangun buat pengumuman. "Tuan-tuan jangan balik dulu. Lepas ni kita ada tazkirah". Peergghh!! Leceh la dengan tazkirah ni. asyik-asyik cerita Nabi dan sahabat…cerita perang..dari dulu sampai sekarang dok cerita pasai perang zaman Nabi.

Aku berundur ke beranda.Join dengan geng-geng yang aku kenal…sambil gulung rokok daun.

Tiba-tiba orang yang datang jumpa aku kat kedai Pak Long semalam datng jumpa aku dan menghulurkan tangan.

"Alhamdulillah!! Tuan datang juga. sila masuk dalam." dia pelawa aku.

"Minta maaf Saudara..kalau nak dengar tazkirah cerita Nabi berperang…saya tak minat. Saya datang pasal persoalan-persoalan yang Saudara tanya saya pagi tadi." Aku jawab selamba.

"Kita akan bincangkan nanti..tapi kita kena duduk dalam kumpulan dulu." kata dia.

"Saya nak tanya dulu…kumpulan Saudara ni kumpulan apa? Al-Maunah ke?" aku tanya.

"Tak..tak…kami dari Jamaati Al islami." dia jawab. Betul atau tidak ejaan aku…aku tak tau. Tapi bunyi macam parti politik Pakistan.

"Macam ni Bro..saya tak boleh duduk bersila lama-lama….sakit lutut. Lepas tu tak boleh nak hisap rokok. Kopi O pun tak ada. Kalau tak ada syarat-syarat tu…saya mati akai. sat lagi saya hanya dengar…nak tanya pun tak ada idea. Apa macam kalau kita sembang kat bawah?" aku bagi cadangan. Kalau dia tak terima…aku blah.

"Boleh!! Tak ada masalah." kata dia. Kena lagi!!

"Let’s go straight to the point." aku kata. "Saya hanya minat dengan persoalan yang Saudara sebut siang tadi. Saudara kata..Umno adalah Ejen Yahudi. yang tu susah saya nak terima…tapi kalau kata Umno itu ejen British..yang tu saya boleh terima. Malah..kawan saya Isham Rais pun dah tulis pasal benda tu dalam artikelNakba dan Malapetaka.

Kedua, saya nak tau…pasai apa Saudara kata bumi ini tidak bulat…sebab Quran sebut "Empat Penjuru Alam.".

Dan yang ketiga, Saudara kata, teori Einstein itu salah. Kalau boleh kita bincang tentang perkara ini…saya puashati."

Kami duduk dibangku batu dihalaman masjid. Aku keluar roko dan hisap sebatang. Aku hulur kat dia…dia ambik!!! fuh…aku ingat dia tak hisap rokok. Tapi mungkin dia saja nak jaga hati aku. Budak Tingkatan Satu pun hisap rokok lagi terrer.

"OK…sebelum kita pergi ketopik yang lebih serius…kita pergi kepada perancangan Yahudi untuk menguasaiMalaysia dulu." Sori!! aku lupa nak bagi tau nama dia. Namanya Sidek. Kalau ikut bunyi la. Mungkin dalam IC dia..Siddique…aku tak tau la.

"Tahun berapa Malaysia Merdeka?" dia tanya.

"!957." aku jawab.

"Salah!! Yang tu bukan Malaysia…tapi Tanah Melayu. Malaysia hanya wujud selepas percantuman dengan Singapura, Sabah dan Sarawak. sebelum tu Malaya."

"Laa…mati-mati aku ingat Malaysia merdeka tahun 1957." aku jawab.

"Tapi kewujudan Malaysia pada tahun 1963 adalah kejayaan pertama Yahudi untuk menguasai Asia Tenggara. Sebenarnya..Malaysia sudah wujud dalam perancangan Yahudi sejak 1927. Pada tahun tersebut, Yahudi telah meletakkan batu asas kewujudan mereka di Tanah Melayu melalui kumpulan Freemason. Dan perletakan batu asas tersebut dibuat di Northam Road, Pulau Pinang. Sekarang jalan tu dinamakan Jalan Sultan Ahmad Shah"

"Tunggu sekejap’ katanya. Sidek berjalan ke dalam masjid dan kembali membawa beg. Dia buka laptop. Fuiyo!! Orang Tabligh pun pakai laptop!!

"Ini buktinya" dia tunjuk kat aku. Aku minta copy.

"Ingat..Tahun 1927."

Sepuluh tahun kemudian, para pemikir Yahudi bermesyuarat di Washington dan memutuskan untuk menubuhkan sebuah negara di Asia Tenggara yang dipanggil …Malaysia. Nama Malaysia sudah wujud sejak tahun 1937!! Ingat…Tahun 1937"

"Hello Bro..Tahun 1937 mana ada Malaysia!! " aku jawab.

"Tuan tengok buku ini." Sidek tunjuk kat aku.

"Fuiyo!! Tak kan orang Melayu tak pernah baca buku ni?" aku tanya Sidek.

"Ada… malah Fakulti Sains Pentadbiran dan Kajian Polis, Universiti Teknologi Malaysia pernah membuat kajian tentang perancangan Yahudi ini…tapi disorokkan dari pengetahuan umum kerana ia melibatkan pemimpin Umno. Malah Umno itu sebenarnya adalah kuda tunggangan Yahudi." kata Sidek.

"Ini serius Bro." Aku kata.

"Tuan tau mengapa Datuk Onn Jaafar keluar dari Umno?" Sidek tanya aku lagi. Aku mana la tau sejarah Umno.

"Saya masih simpan ucapan terakhir Datuk Onn sebagai Yang diPertua Umno pada tahun 1951." Sidek menunjukkan kat aku ucapan Datuk Onn. Aku copy yang penting saja.

Oleh kerana saya mempunyai beberapa peluang dapat melihat sesuatu gerak langkah, sesuatu perbuatan atau cadangan yang hendak dijalankan di Tanah Melayu ini; langkah-langkah dan perbuatan yang mendatangkan kebimbangan kepada diri saya sendiri.

…saya dapat peluang itu oleh kerana dapat melihat tempat2 yang tidak dapat dimasuki kebanyakkan orang. Melihat gerak langkah dan cadangan-cadangan yang hendak didatangkannya ke atas Tanah Melayu ini.

Malang mulut saya tertutup, malang saya berkata mulut saya ini tertutup tidak dapat menzahirkan kepada umat Melayu Semenanjung ini apa yang diketahui oleh saya dalam masa menyempurnakan pekerjaan2 dan tanggungan saya itu…“ Datuk Onn Jaafar

"Datuk Onn tahu apa yang sedang dirancang oleh British dan kumpulan Freemason. " kata Sidek. "Datuk Onncuba menentang..tapi ditentang balik oleh orang-orang Umno yang sudah dikawal oleh British.

"Apa kaitan British dengan Freemason atau Yahudi?" aku tanya.

"British lah yang menghidupkan kembali Negara Israel.General British telah membebaskan Jerusalem dari pemerintahan Turki pada tahun 1917. Ingat…Tahun 1917. Kemudian…Israel telah meluaskan jajahannya melalui peperangan tahun 1967. Ingat..Tahun 1967!!"

British adalah sekutu Yahudi kerana British menentang German yang anti-Yahudi. di Malaysia, Yahudi menggunakan British yang kemudiannya menggunakan Umno sebagai alat untuk meluaskan pengaruh Yahudi.

Ada banyak persamaan yang saya minta Tuan tolong selidik kalau Tuan mahukan jawapan yang luas. British membebaskan Israel pada tahun 1917. Yahudi meletakkan batu asas mereka di Pulau Pinang pada tahun 1927. Perancangan Negara Malaysia berlaku pada tahun 1937. Tanah Melayu merdeka pada tahun 1957. Peperangan arab-Israel berlaku pada tahun 1967. Apa signifikan nombor 7" Sidek tanya aku lagi,

Kalau pasal Mattermatics, aku tau…tapi kalau kaitan dengan Yahudi…aku kena search dulu.

"Nombor 7 adalah nombor suci bagi orang Yahudi. Logo Israel berlambangkan tempat lilin (candlestick) yang mempunyai 7 cabang." Sidek bagi tau aku.

"Dan sekarang…perancangan Yahudi itu sudah semakin lengkap apabila negara kita sudah dikuasai oleh Yahudi. Najib sendiri mengambil orang Yahudi APCO sebagai Penasihat. Sistem keselamatan di Bukit Amanpun sudah dikuasai oleh Yahudi. Oleh itu..jangan terkejut, kalau Umno akan menggunakan taktik-taktik Yahudi untuk kekal berkuasa." sambung Sidek.

"Dan Tuan tau tak apa nama tempat yang sekarang dinamakan Putrajaya?" Sidek tanya lagi. Apa la dia n!! Tanya benda yang aku tak tau.!!

"Putrajaya dulu dikenali sebagai "Perang Besar"." kata Sidek. Betul ka?

Aku tengok kiri kanan. Kot-kot ada SB. Silap-silap..aku join Dr. Kumar kat Simpang Renggam.

"Macam ni saudara….kita jumpa kat Kedai Pak Long pagi esok boleh tak?" Kalau nak sambung…sampai pagi esok pun tak habih." aku bagi cadangan.

Sidek setuju.