Thursday, August 4, 2011

Gen “why?”

August 3, 2011

Beberapa hari lalu, Merdeka Center menyiarkan hasil kajian komparatif terhadap anak-anak muda Muslim di Indonesia dan Malaysia, yang berumur diantara 15-25 tahun.Aku tak mau sentuh Indonesia…tapi aku hanya nak sentuh tentang anak muda Muslim di Malaysia.

Bila baca sekali imbas dalam The Star, hancur harapan aku nak jadi Political Consultant. Bayangkan…hanya 0.8% daripada Gen Y yang minat dengan politik!! Macam mana nak cari makan? Nampaknya..aku kena kelentong Gen X dan Boomers lagi la.

Apa pun, banyak perkara yang boleh dipelajari..kalau nak belajar.

Pertama sekali, kajian ini menunjukkan mengapa Umno kelam kabut sekarang. Dari seramai 28.7 juta penduduk, mereka yang berumur lebih dari 65 tahun hanya sekitar 5%. Ini Gen Boomers yang taksub kepada Umno. Gen X dan Y menyumbang 65.4% dan mereka inilah yang akan membawa perubahan landskap politk. Walaupun begitu, Pakatan masih belum boleh tersenyum…kerana Gen Y nampak macam masih lagi tertanya-tanya..”Why? Why?”.

Dari jumlah 28.7 juta penduduk, terdapat 30.4 juta pengguna telefon. Kebanyakan penduduk Malayisa mempunyai lebih dari satu telefon. So, telefon akan menjadi media utama komunikasi. Tak payah la print banyak-banyak flyers atau risalah…akhirnya nanti depa buat bungkus nasi lemak.

Seramai 64.6% rakyat Malaysia yang berumur bawah 25 tahun mempunyai akses internet. Apa macam kalau buat ceramah menerusi internet? Tapi…ceramah konvensional kena buat juga. Nanti kat mana aku nak cari kacang rebus dengan bihun sup?

Seramai 5 juta penduduk Malaysia mempunyai akaun Facebook. Majoritinya Gen Y. Patut la blog aku penuh dengan Gen X. Gen Y tak minat baca posting panjang-panjang. Depa suka baca sms. Tawu tak per. (Bahasa pun lain macam). Ceramah tiga lagi la. Tu pasai time ceramah…Gen X dengan Boomers saja yang duduk depan. Gen Y duduk belakang..senang nak ciao.

Aku rasa…Gen Y ni kena kaunseling sikit. Sebab aku rasa depa ni tengah gabra. Tak tau apa yang depa mau.

Bila ditanya tentang cita-cita depa, kebanyakannya mau jadi usahawan. Mau jadi ibubapa yang baik. Mau jadi pemimpin. Tapi bila tanya sama ada nak jadi ahli politik..hanya 0.8% saja yang mau.

Tolong bagi tau kat depa. Kalau nak jadi usahawan, kena ada kabel orang politik. Kalau nak jadi pemimpin..kena masuk politik. Nak jadi kaya..kena masuk politik. Boleh dapat balak..projek..pasir.

Nak jadi popular…pun kena masuk politik. Lain la kalau jadi artis. Tapi kalau suara tak sedap, rupa tak lawa… nak jadi artis macam mana? Masuk politik tak perlu ujian suara. OKU pun boleh jadi ADUN!!

72% daripada Gen Y percaya ekonomi akan bertambah baik dalam beberapa tahun akan datang. Hello geng!! Sementara nak bayar duit PTPTN, duit Proton, duit Maxis, duit PLUS, duit sewa rumah… macam mana nak kata ekonomi bertambah baik? Sekarang hangpa duduk dengan mak bapak…banyak benda masih lagi dibawah subsidi mak bapak…lagi dua tiga tahun..hangpa ada anak kecik…duit susu satu tin RM100.00….hangpa tau ka?

Hanya 27% daripada responden bersetuju dengan poligami manakala 63% lagi tak setuju. Tapi…31.2% setuju pendidikan seks diajar disekolah. Yo brader…kat sekolah tu teori saja. Hangpa nak buat praktikal kat mana?

Hanya 28.7% yang sembahyang lima waktu sehari semalam, tapi 64.2% berpuasa. Patut la masjid selalu kosong, dan bazaar Ramadan penuh sesak.

La ni..handphone memang cool. Sapa yang tak ada handphone..tergolong dalam kategori miskin tegar. 94% daripada Gen Y mempunyai handphone. Boleh dikatakan, kemiskinan dikalangan Gen Y telah Berjaya dihapuskan. Tapi nanti sat!! Hangpa dok katok duit orang tua…hangpa senang…orang tua yang jadi papa. Patut la bila nak bagi bantuan hari raya..yang tua saja yang dapat.

Awek yang pakai tudung sekarang ni dianggap cool. Sapa yang tak pakai tudung…hangpa jawab la kat neraka nanti. 69% daripada Gen Y beranggapan begitu. Dalam masa yang sama..75% daripada mereka yang menonton TV dimasa lapang. 62% mendengar muzik. 52% melayari internet. Dan kurang daripada 24% yang kemasjid. Aku setuju dengan hangpa. Kat masjid bukan ada Wifi. Bukan ada Justin Bieber kan?

98.4% daripada Gen Y tak setuju dengan sex sebelum kawin. 97.5% kata tak boleh tengok porno.Hampir 100% tak setuju dengan gay atau lesbian. Betui ka ni…..? Aku tak berapa nak percaya.

Walau macam mana pun, aku respek hangpa punya pemahaman politik. Yang ni orang politik kena paham dan ambil berat.


73.6% daripada Gen Y lebih percaya kepada People’s Power. Aku setuju. Dan ini yang ditakuti oleh BN. Gen Y tak suka parti politik. Tak suka jadi ahli politik. Tapi bercakap tentang “Perubahan”. Macam mana nak lakukan perubahan? Adakah melalui pilihanraya? Aku tak fikir Gen Y berfikir macam tu.

Sebabnya.. kalau perubahan yang diharapkan oleh Gen Y adalah melalui pilihanraya…depa kelentong besar.


20% daripada Gen Y yang dah boleh mengundi…tapi tak pernah mengundi. Lebih teruk 66.3% tak mendaftar sebagai pengundi. Hangpa nak perubahan macam mana?


Gen Y merasakan bahawa perubahan itu akan berlaku diluar lingkungan parti politik.

Aku tak mau cakap lagi la pasai Kuasa Ketiga. Lu pikir la sendir